Suami isteri mohon maaf isu video kemalangan pemandu lori

Suami isteri mohon maaf isu video kemalangan pemandu lori

Sepasang suami isteri menafikan bahawa mereka merupakan perakam video kemalangan membabitkan seorang pemandu lori yang terkena serangan jantung semasa memandu di kawasan berhampiran Kilang Daikin, dekat sini semalam.

Lelaki tersebut yang merupakan pemilik akaun TikTok @mubarakkhan1535 dalam sebuah video yang baru dimuatnaik malam ini berkata, dia hanya memuatnaik semula video berkenaan di akaun TikToknya selepas menerima video itu melalui aplikasi WhatsApp.



“Video itu dihantar di dalam WhatsApp ‘group’, saya cuma upload (muat naik) semula sahaja. Saya tidak ada kena mengena dengan video itu.

“Kereta yang dilanggar itu juga bukan kereta saya, dengan suara dalam video itu memang tak sama dengan suara isteri saya,” katanya.

Sementara itu, isteri kepada lelaki berkenaan turut meminta maaf kepada keluarga pemandu lori terbabit serta menegaskan bahawa dia tidak merakam video tersebut.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 48 saat memaparkan seorang wanita menuduh pemandu lori terbabit mabuk selepas melanggar beberapa buah kenderaan di lokasi.



Salah seorang rakan mangsa menerusi satu perkongsian klip video di laman aplikasi TikTok dikenali Siva menjelaskan rakannya itu terkena serangan jantung dan sudah meninggal dunia. K Online

Suami isteri mohon maaf isu video kemalangan pemandu lori


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker