i-Citra Dipolitikkan Nik Nazmi Untuk Popular Semula

Oleh Nurul Aishah

APABILA isu i-Citra sedang hangat diperkatakan maka beberapa orang pemimpin Pakatan Harapan (PH) dilihat cuba meraih populariti dengan mempolitikkan perkara ini.

Mungkin mereka lupa tetapi rakyat tidak lupa bagaimana pemimpin PH menipu ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). PH ini yang menganggap manifesto bukan kitab suci telah menipu rakyat berkenaan tol free, petrol RM1.50, RM50 penuh troli, PTPTN free, EPL free, GST free, pendidikan free, kereta tanpa cukai dan lain-lain lagi.

Memetik sumber, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menegur ahli politik “populis” yang menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pencarum mengeluarkan lebih banyak wang simpanan persaraan mereka.

Kenyataan Nik Nazmi tersebut dilihat sangat tidak relevan memandangkan PH telah menipu dan menyusahkan rakyat sepanjang 22 bulan mereka memerintah negara.

Rakyat tahu Datuk Seri Najib bukan jenis ahli politik yang populis. Jika tidak, beliau tidak akan laksanakan dan pertahankan dasar-dasar GST dan rasionalisasi subsidi.

Menurut Datuk Seri Najib, beliau percaya mereka yang sokong atau tidak sokong pengeluaran khas kali terakhir i-Citra KWSP sebenarnya mahu memelihara kepentingan Rakyat pada usia tua. Cuma pandangan sahaja berbeza.

1. Yang inginkan i-Citra adalah lebih optimis untuk membina semula ekonomi, kekayaan Rakyat dan simpanan KWSP Rakyat dengan pelbagai cara. Sebab kita pernah buat dan buktikan. Sebab kami faham kuasa Menteri Kewangan dan Kerajaan.

Selain cara-cara yang pernah DSN sarankan pada masa dahulu seperti menaikkan semula kadar caruman majikan, struktur semula kadar dividen mengikut multi-tier dan memberi projek-projek lumayan pada KWSP sebagaimana kerajaan BN masa DSN sebagai PM lakukan dengan syarikat lebuhraya PLUS, Kwasa Damansara dan Battersea UK, kita juga pernah berjaya menaikkan kadar bayaran BR1M dari sifar ke RM500 ke RM1,200 dan akhirnya janji RM2,000 dalam tempoh 6 tahun.

Jadi, tidak mustahil pada masa depan sekiranya kita beri bayaran one-off special BR1M sebanyak RM2,500 setiap keluarga jika dibayar sebagai tunai ataupun RM5,000 jika keluarga tersebut bersetuju dimasukkan dalam akaun KWSP dan bukan secara tunai?

Ataupun menjalankan kempen-kempen caruman KWSP pada masa depan bagi golongan kurang baki simpanan dengan kerajaan memberi subsdi ataupun bonus pada mereka yang ingin membuat caruman khas.

Yang tak sokong i-Citra pula adalah lebih pesimis dan berjaga-jaga. Tak salah juga untuk lebih berhati-hati.

2. Yang sokong i-Citra juga percaya bahawa kebanyakkan Rakyat Malaysia adalah pandai menilai, rasional dan bertanggung jawab pada masa depan mereka masing-masing. Yang keluarkan i-Citra adalah mereka yang benar-benar terdesak dan sekiranya mengeluarkan hari ini pun, mereka akan berusaha untuk bekerja lebih keras untuk memulihkan simpanan mereka – sama ada dalam KWSP atau melalui pelaburan-pelaburan lain.

Tiada paksaan. Yang amat perlu akan keluarkan. Yang tak perlu, akan terus simpan.

Ini termasuk belia hari ini. Jika kami membenarkan Undi 18 dan memberi kuasa, kepercayaan dan tanggung jawab pada mereka untuk memilih kerajaan, kenapa pula kita tak yakin mereka tidak akan bertanggung jawab pada masa depan diri sendiri?

Yang tak sokong i-Citra pula mungkin tidak begitu percaya kemampuan belia dan kebolehan Rakyat Malaysia untuk bertanggung jawab pada mereka.

3. Yang sokong i-Citra percaya bahawa masa pandemik ini adalah situasi luar biasa dan ramai masih belum pulih setelah dihentikan mencari rezeki setelah dikurung hampir 3/4 tahun bawah Darurat tidak perlu demi mengelak parlimen bersidang dan lockdown separuh masak Bapa Lockdown Malaysia.

Setelah akhirnya keluar dari lockdown dan berupaya untuk mula mencari pendapatan, harga barang-barang melonjak naik pula.
Kami percaya jika tiada kelangsungan hari ini, mana akan datangnya masa depan?

Jadi, kita saran pengeluaran kali terakhir. One final time. Bukan banyak pun. Cuma naikkan i-Citra dari RM5k ke RM10k itupun wang mereka sendiri – bukan wang kerajaan.

Sebab itu, DSN sokong sebab beliau ingin Rakyat diberi pilihan untuk keluarkan atau tidak.

Yang tak sokong i-Citra pula percaya bahawa ekonomi sudah dibuka semula dan wujudnya banyak peluang bagi Rakyat menjana semula pendapatan serta percaya bahawa sudah wujudnya banyak bantuan kerajaan yang mencukupi.

Itulah perbezaannya. Masing-masing ada pendirian dan pandangan sendiri.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker