Selagi saya tidak umumkan apa-apa, tidak adalah – PM

Selagi saya tidak umumkan apa-apa, tidak adalah – PM

“Selagi saya tidak umumkan apa-apa (berhubung spekulasi rombakan Kabinet), tidak adalah,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, beliau enggan melayan spekulasi mengenai rombakan Kabinet yang didakwa bakal menyaksikan tiga Menteri digugurkan dalam masa terdekat.

Sebaliknya, beliau menegaskan, tumpuannya kini terarah kepada usaha menangani banjir dan pascabencana itu, serta langkah membendung penularan COVID-19.

“Belum tiba masanya lagi (rombakan Kabinet). Biarlah spekulasi itu menjadi spekulasi. Macam-macam nama timbul sekarang (berkaitan spekulasi), namun tumpuan saya kini hendak membantu rakyat yang terkesan dengan banjir dan COVID-19.

“Malah, mesyuarat Kabinet esok akan menumpukan agenda menangani banjir dan usaha mengekang COVID,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa, di sini, hari ini.

Semalam, tular berita mengenai spekulasi tiga Menteri didakwa bakal digugurkan daripada senarai jemaah Kabinet.

Tiga nama yang dikaitkan dengan spekulasi itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun; dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique. BH

Berita lanjut menyusul

Selagi saya tidak umumkan apa-apa, tidak adalah – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker