Jemaah Menteri bincang tangguh umrah esok – Ismail

Jemaah Menteri bincang tangguh umrah esok – Ismail

Kabinet akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan isu penangguhan perjalanan umrah seperti yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini, susulan ancaman varian baharu Covid-19, iaitu Omicron.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada mesyuarat itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan membentangkan laporan terperinci mengenainya.

“Esok saya akan dapatkan gambaran sebenar mengenai isu umrah ini. Cuma saya hendak maklumkan keputusan KKM (tangguh perjalanan umrah) lebih kepada hendak menjaga nyawa kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong, Buloh Kasap di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini berhubung penangguhan perjalanan umrah yang bakal dikuatkuasakan pada 8 Jan ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, perkara yang akan turut dibincangkan esok adalah berkenaan keadaan pascabanjir dan persediaan agensi-agensi berkaitan mengenai persiapan dalam menghadapi gelombang kedua banjir. FMT

Jemaah Menteri bincang tangguh umrah esok – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker