Rafidah Aziz Fitnah Sampai Sanggup Pergunakan Nama Allah?

Oleh Nurul Aishah

FITNAH jahat Pakatan Harapan (PH) dan konco-konco mereka ketika negara menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14(PRU-14) yang lalu terlalu dahsyat. Beberapa individu dikenalpasti memfitnah sehingga sanggup mempergunakan nama Allah s.w.t dalam agenda menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional(BN).

Masihkah anda ingat bagaimana tuduhan Tan Sri Rafidah Aziz sebulan sebelum PRU14 di mana bekas menteri ini memulakan kenyataan tuduhannya dengan ayat “Saya bersaksi dengan Allah” dan diakhiri dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” kononnya 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik 3 individu dan mereka kini memiliki ‘setiap inci tanah’ Kementerian Pertahanan atau pihak tentera.

Nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan. Ini satu tuduhan palsu yang amat berat yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14 semasa Rafidah Aziz berkempen untuk PH.

Ramai Rakyat yang tertipu juga ketika itu. Ironinya apabila PH bersama Mahathir memegang Putrajaya selama 22 bulan dan boleh merujuk dan membuat siasatan sesuka hati tapi mereka gagal mendapatkan bukti bagi tuduhan yang amat serius kepada Datuk Seri Najib dan kerajaan BN.

Dengan memeriksa Surat Hakmilik tanah tentera pun mereka akan tahu kebenarannya samada sumpah Rafidah itu palsu atau tidak. Sumpah itu diakhiri dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi”. Jadi, apa telah jadi dengan tuduhan “Demi Allah” tersebut?

Pekak, bisu, buta dan tak tahu?

Itulah perkataan yang tepat dilemparkan terhadap Rafidah Aziz. Berulang kali Datuk Seri Najib suruh Rafidah jelaskan dan beri bukti selepas PRU14 tapi beliau tetap pekak, bisu, buta dan tak tahu.

Adakah bala dan malapetaka yang sedang melanda negara berpunca dari fitnah-fitnah jahat yang mempergunakan sumpah laknat yang diucapkan tanpa ada sedikit gentar dan malu pada Allah s.w.t.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker