Presiden Brazil masuk hospital, usus tersumbat

Sebaran :

SAO PAULO – Presiden Brazil,  Jair Bolsonaro dikejarkan ke hospital semalam kerana mengalami sakit perut, manakala doktor-doktor menyatakan bahawa kesakitan beliau berpunca daripada usus tersumbat.

Bolsonaro, 66, sedang bercuti di sebuah pantai dalam negeri Santa Catarina, selatan Brazil apabila perutnya mula sakit. Ia merupakan masalah kesihatan terbaharu Bolsonaro sejak beliau ditikam pada perut semasa kempen pilihan raya 2018 yang dimenanginya.

Pemimpin berhaluan kanan itu dibawa ke Sao Paulo dengan menggunakan pesawat Presiden. Saluran televisyen Brazil, TV Globo menyiarkan gambarnya berjalan tanpa dibantu, manakala pejabat Presiden menyatakan, Bolsonaro berada dalam keadaan baik.

Presiden Brazil itu menyiarkan gambar beliau berada di katil hospital di laman Twitter sambil menunjukkan isyarat ibu jari bagus. Menurut Bolsonaro, beliau mungkin perlu dibedah kerana ususnya tersekat.



“Saya mula berasa tidak sihat selepas makan tengah hari kelmarin. Saya tiba di hospital pada pukul 3 pagi hari ini (semalam).

“Mereka (pasukan perubatan) memasukkan tiub nasogastrik,” katanya di laman Twitter selepas dimasukkan ke Hospital Vila Nova Star di Sao Paulo. Tiub itu digunakan untuk memasukkan makanan dan ubat ke dalam perut melalui hidung pesakit.

“Mereka akan melakukan lebih banyak pemeriksaan untuk menentukan sama ada saya perlu dibedah,” tambahnya.

Bolsonaro sebelum ini menjalani sekurang-kurangnya empat pembedahan susulan serangan pisau tersebut yang nyaris meragut nyawanya. Serangan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang mendakawa bahawa dia melaksanakan perintah Tuhan dan kemudian disahkan tidak waras untuk dibicarakan.



Dalam perkembangan berkaitan,  pasukan perubatan Bolsonaro berkata,  beliau mengalami usus tersumbat separa dan kini berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, doktor-doktor yang merawat Presiden itu tidak pasti bila beliau boleh keluar dari hospital. – AFP

Presiden Brazil masuk hospital, usus tersumbat


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pegawai kanan SPRM dituduh seleweng RM25j wang bukti


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.