Kongres khas dengan semua NGO Melayu – Veteren
Umno dicadangkan menganjurkan semula kongres khas dengan semua NGO Melayu sebagai usaha menyediakan platform berinteraksi dengan masyarakat secara keseluruhannya bagi memperbaiki kelemahan.
Ahli veteran parti itu Mohd Yussof Latiff berkata ia harus diadakan bagi mendapat semula sokongan Melayu menjelang pilihan raya ke-15.
“Sebagai veteran Umno, saya mencadangkan para pemimpinnya bersikap terbuka dengan menganjurkan Kongres Khas itu supaya dapat mendengar sendiri suara hati NGO yang mewakili orang Melayu dan menerima cadangan, pandangan, teguran dan kritikan daripada orang Melayu secara keseluruhannya.
“Jika Umno mahu sokongan padu orang Melayu, Umno harus bersikap terbuka dan pemimpinnya harus berjiwa besar untuk menerima teguran, kritikan dan pandangan dalam kongres itu demi kepentingan agama, bangsa dan negara serta kemakmuran, kesejahteraan, dan kebahagiaan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Tambahnya, Umno kini memerlukan suntikan semangat perjuangan asal penubuhannya pada tahun 1946 untuk muncul kembali sebagai juara dalam perjuangannya untuk agama, bangsa dan negara.
Umno merupakan parti memerintah sejak tahun 1955 sebelum ditumbangkan kali pertama pada tahun 2018.
Namun, parti itu kembali menerajui kerajaan pusat pada Mac 2020 menerusi Langkah Sheraton. Naib presidennya Ismail Sabri Yaakob kemudian diangkat sebagai perdana menteri kesembilan pada Ogos 2021.
“Sebagai orang lama dan antara seorang Melayu yang bersama-sama dengan Umno sejak tahun 1946 lagi, saya secara ikhlas dan terbuka menyatakan bahawa Umno mula tergelincir dari landasan perjuangan asalnya sejak tahun 1988.
“Manakala Umno sebagai parti keramat telah direla oleh pemimpin Umno sendiri ketika itu untuk diharamkan oleh mahkamah bagi menubuhkan Umno Baru yang berniat menjadikan Umno dimiliki oleh mereka sendiri.
“Imej Umno kemudiannya menjadi bertambah buruk apabila beberapa pemimpinnya pula terpalit dengan isu penyelewengan dan rasuah dan seterusnya Umno dianggap bukan lagi dikuasai oleh akar umbi tapi dikuasai oleh pemimpin-pemimpinnya dengan bermula mengamalkan politik wang,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kedai Percuma Pak Nil bantu mangsa banjir
- Kabinet 2022: Siapa Timbalan Perdana Menteri?
- Rider e-dagang mogok, dakwa kontrak baharu tidak adil
- Isteri kantoi curang 3 kali, suami lafaz talak depan anak
- Long Tiger Junior semakin ramai
- Ketegangan dalam Umno ekoran langkah kerajaan sekat pengeluaran KWSP
- Azlee Senario sebak, bagaikan tsunami saya melihatnya
- Mokhtar Senik dakwa ada arahan larang jemputnya
- Kes Mayat Reput: Tatu Bunga Mawar Warna Hitam Pada Punggung Mayat
- Al-kisah kambing dan PAS
- Emma Watson bersolidariti bersama Palestin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat
You must be logged in to post a comment.