Kes aktif turun bawah 40,000

PUTRAJAYA – Kes aktif menurun dengan di bawah angka 40,000 dengan 39,733 kes dilaporkan di seluruh negara semalam.

Menurut data pada laman web CovidNow, ia melibatkan 32,549 kes dikuarantin di rumah, 3,565 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,354 kes di hospital, 118 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 147 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Dalam masa sama, sebanyak 28 kes kematian Covid-19 dilaporkan dengan jumlah kumulatif sebanyak 31,560 kes serta tiada kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.



“Terdapat empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan jumlah kes BID sebanyak 6,366 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Pulau Pinang (6), Selangor (5), Perak (4), Kelantan (3), Johor (2), Sabah (2), Pahang (2), Terengganu (2), Kedah (1) dan Sarawak (1) serta tiada kematian di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 2,690 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (673 kes), Johor (329 kes), Kelatan (272 kes), Kedah (254 kes), Terengganu (173 kes), Kuala Lumpur (167 kes), Pulau Pinang (160 kes), Pahang (158 kes), Sabah (151 kes), Melaka (121 kes), Perak (112 kes), Negeri Sembilan (71 kes), Putrajaya (13 kes), Perlis (12 kes), Sarawak (12 kes) dan Labuan (dua kes)

Kes aktif turun bawah 40,000




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker