Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk

Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk- Ini Penjelasan Pakar

Dengan cuaca yang panas-panas rembang di negara kita ini, paling best kalau boleh minum air sejuk. Hilang rasa haus dan terus rasa badan segar!

Bila lihat ramai yang sukakan dan minum air sejuk dengan kerap, ada orang mengatakan minuman sejuk ini boleh gemukkan badan dalam tak sedar. Lebih-lebih lagi bila ada ais ketul dalamnya.

Betul ke? Jom tengok apa kata pakar di bawah tentang isu ini;

Dikongsi oleh Dr. Zubaidi Haji Ahmad, kebanyakan orang akan mengatakan ais batu atau air sejuk boleh menyebabkan kegemukan, obesiti atau mempunyai berat badan berlebihan.

Tetapi sebenarnya ais batu yang terkumpul dalam perut akan mula mencair dan menjadi air secara automatik. Pada masa yang sama ia akan meningkatkan suhu air dalam perut untuk sama dengan suhu badan.

Proses ini adalah automatik kerana badan perlu berfungsi pada suhu yang spesifik. Badan tidak boleh terlampau sejuk walaupun di dalam perut kerana ia boleh ganggu fungsi sel. Jadi suhu air dalam perut akan menyamai seperti suhu badan.

Apa Kaitan Air Sejuk Dengan Penyerapan Lemak?

Bila minum air sejuk, ramai yang kata ia akan bekukan atau bentuk lemak dalam badan. Sebenarnya ia adalah salah!

Secara ringkas lemak akan diuraikan terlebih dahulu sebelum menjadi fatty acid dan glycerol. Ketika ini barulah lemak boleh diserap daripada usus untuk dibawa ke seluruh badan. Ada juga yang disimpan dalam sel adipos.

Jika lemak bergumpal ia akan menyebabkan permukaan menjadi luas. Malah enzim nak bertindak untuk menguraikan lemak pun tidak lagi menjadi efisien.

Kalau nak kata minum air sejuk boleh sebabkan lemak bergumpal dan menyebabkan kegemukan, ia adalah mitos kerana lemak akan susah diserah bila ia tergumpal.

Jadi Apa Yang Sebabkan Kegemukan?

Kegemukan yang berlaku boleh terjadi disebabkan oleh jumlah kalori yang kita ambil setiap hari melebihi jumlah yang sepatutnya. Bila lebih, kalori tersebut akan ditukarkan pada lemak.

Selain itu, makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak pun boleh tingkatkan pengambilan kalori yang akhirnya menyebabkan kegemukan.

Jadi ingat, ais batu atau air sejuk tak buatkan kamu gemuk okay! Wn

Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain

Janggut suami Heliza jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker