Sikap berdiam diri SPRM, Azam akan jadi ‘nanah’ dalam organisasi
Sikap berdiam diri SPRM, Azam akan jadi ‘nanah’ dalam organisasi
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan sikap berdiam diri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketuanya, Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan konflik kepentingan melibatkan pegawai tinggi dan pemilikan saham akan menjadi ‘nanah’ yang membengkak dalam organisasi tersebut.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu juga akan merosakkan nama baik SPRM dan sikap berdiam diri Azam akan terus membawa kepada percakapan umum.
Mengulas lanjut, Fahmi menambah, pada 14 Disember tahun lalu, ahli-ahli Parlimen telah mengutarakan satu usul tergempar untuk membahaskan dakwaan itu tetapi tidak dibenarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.
“Parlimen merupakan tempat terbaik untuk isu ini dijelaskan tetapi memandangkan Parlimen tidak bersidang sehingga 28 Februari, terbaik pada waktu ini ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM direhatkan sementara siasatan dilakukan.
“Timbalan beliau memangku dan siasatan dilakukan oleh polis membabitkan beberapa aspek dalam konteks jenayah atau jenayah komersil.”
Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad turut bersetuju Azam direhatkan sementara daripada tugasnya.
“Tuduhan ini berat kerana tugas SPRM menentang rasuah. Saya rasa tidak sesuai untuk Azam bergerak secara aktif.
“Beliau perlu direhatkan sementara siasatan berlangsung. Kalau betul tidak ada penglibatannya, beliau boleh kembali bertugas,” jelasnya.
Sinar
Sikap berdiam diri SPRM, Azam akan jadi ‘nanah’ dalam organisasi
Baca Artikel Menarik :
- Banjir: Sempat berpaut pokok, motosikal lesap
- Rombakan kabinet hanya spekulasi, tapi peringatan buat menteri – Sumber
- Ustaz Uwais Qorny catat Malaysia Book of Records
- Jual tanah beli ikan koi RM300,000
- Rosyam Nor, makin tua makin hebat
- Tan Cheng Hoe letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
- Khalid Samad kecewa ‘khemah besar pembangkang’ gagal libatkan UMNO
- Tangguh umrah, macam nak buat dosa
- Eyka Farhana kena kecam , pakai baju ‘tak cukup kain’
- Sharnaaz kena tempias kerana janggut suami Heliza
- Gred markah dinaikkan selepas pensyarah panggil ‘sayang’
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.