KWSP i-Citra: Saya tak buat U-turn – Najib

KWSP i-Citra: Saya tak buat U-turn – Najib

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak membuat U-turn berhubung tuntutan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tegasnya, beliau tetap mahu pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 dibenarkan kerana tuntutan yang dicadangkan oleh UMNO itu tidak ada kaitan dengan banjir.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian bagi menjawab sindiran netizen selepas beliau menyifatkan bantuan-bantuan yang diumumkan oleh kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir adalah terbaik.

”Tapi Kan hari itu saya rayu agar bantuan banjir dinaikkan? Lepas dinaikkan, saya wajib puji dan senarikan bantuan baru kerajaan,” jelas Najib.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan beberapa inisiatif bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Antaranya, Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa⠀

Sumbangan pembelian barang keperluan sejumlah RM2,500 bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan/peralatan rumah akibat kediaman ditenggelami air.

Bantuan baik pulih rumah sehingga RM5,000 bagi membaik pulih rumah yang terjejas.

Bagi kerosakan serius, kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM15,000 dan RM56,000 untuk pembinaan semula rumah yang musnah⠀

Rebat pembelian barangan elektrik RM500 bagi menggantikan barangan-barangan elektrik yang rosak akibat banjir⠀

Selain itu, mereka terlibat diberikan rebat bil elektrik 100% bagi bulan Disember

Mangsa-mangsa banjir juga menerima diskaun baik pulih kenderaan merangkumi servis tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta oleh Proton.

Manakala Perodua pula menawarkan servis tunda dan upah baik pulih percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta.

Syarikat-syarikat kenderaan berdaftar dengan MAA juga menawarkan servis tunda percuma serta diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan⠀

Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih/ penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir⠀

”Secara keseluruhan, mangsa banjir boleh menerima bantuan sehingga RM61,000.
Terbaik,” katanya dalam postingnya di Facebook semalam.

Susulan hantaran itu, Najib didakwa melakukan U-turn selepas membawa suara rakyat yang mahu i-Citra terakhir dibenarkan.

Seorang pemilik akaun Dani Pedrosa berkata: “Uturn gak dah dato? Mana suara dato yg wakil rakyat utk claim kwsp?”.

Mushariff Kasif turut mempersoalkan kenyataan Najib dengan berkata: “Ni kira kenyataan untuk buat Uturn KWSP 10k ke mcm mana tok? 😅

”Slow2 lari dri tajuk kwsp 10k,” kata Norlizan Ahmad.

Adfir Chan menambah: “Rindu zaman umno jadi pembangkang.. nak dpt 10k one off senang je”. MG

KWSP i-Citra: Saya tak buat U-turn – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain

Janggut suami Heliza jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker