Negeri Sembilan siap sedia hadapi banjir selepas paras air meningkat

Negeri Sembilan siap sedia hadapi banjir selepas paras air meningkat

Negeri Sembilan bersiap sedia berdepan bencana banjir terburuk susulan hujan lebat di negeri berkenaan sejak semalam, yang mengakibatkan beberapa paras sungai meningkat ke paras bahaya.

Banjir mula melanda beberapa kawasan di negeri itu dengan 13 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah, hari ini.

Menurut pusat kawalan operasi bencana (PKOB) negeri, tujuh pusat bantuan dibuka di Tampin, pada 9 pagi tadi. Empat lagi dibuka di Jempol dan dua di Kuala Pilah.

Sejumlah 1,363 mangsa banjir membabitkan 365 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan negeri, Veerapan Superamaniam, memberitahu FMT, berkata penduduk di Tampin, Jempol dan Kuala Pilah berpindah keluar dari kediaman mereka tepat pada masanya ketika hujan melanda sejak semalam.

“Banjir melanda pada awal pagi namun kami sudah memaklumkan kepada penduduk lebih awal dan memindahkan mereka,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran, Sungai Muar di bandar Rompin dan Sungai Serting di Kampung Datok Johan, sudah mencecah paras bahaya pada jam 8.30 malam tadi. Kedua-dua kawasan berkenaan terletak di Jempol. Sungai Muar melepasi paras bahaya iaitu 3.1m, manakala Sungai Serting, melepasi paras bahaya, 0.03m.

Di Kuala Pilah, Sungai Muar di Kampung Berembang, turut melepasi paras bahaya, 0.81m.

Dalam pada itu di Jelebu, Ketua Kampung Kampung Chennah Rosmadi Ariff, berkata ketika ini paras air di Sungai Kenaboi berada pada tahap stabil, bagaimanapun pihak berkuasa tempatan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Sungai Kenaboi berada pada kedudukan 50m daripada kediaman beberapa penduduk kampung, dan Rosmadi berkata, peningkatan paras sungai menimbulkan kebimbangan penduduk berkenaan, terutama di kawasan selepas jambatan, di mana sedang dibaikpulih selepas dibawa arus banjir bulan lalu.

“Kebiasaannya hujan berlaku pada waktu pagi dan berhenti beberapa jam selepas itu, namun ketika ini hujan melanda sepanjang hari,” katanya.

“Hujan sudah berhenti sekarang, jadi saya akan periksa paras sungai selepas ini.”

Lebih dikenali sebagai Tok, beliau sebelum ini ada memaklumkan kepada FMT, bahawa empat perkampungan dibawah tanggungjawabnya, termasuk dua penempatan Temuan Orang Asli, teruk dilanda banjir bulan lalu. FMT

Negeri Sembilan siap sedia hadapi banjir selepas paras air meningkat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker