Massimo naikkan harga roti, KPDNHEP minta penjelasan
Massimo naikkan harga roti, KPDNHEP minta penjelasan
Pengeluar roti jenama Massimo, The Italian Baker, akan dipanggil untuk sesi konsultasi bagi menjelaskan justifikasi kenaikan harga produk mereka bermula semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid.
Ini kerana, katanya, kenaikan harga itu pastinya menjejaskan rakyat yang masih bergelut dengan pandemik Covid-19 dan diburukkan lagi oleh bencana banjir di seluruh negara.
“Kita akan panggil pengeluar roti jenama Massimo, kementerian nak tahu apa alasan kenaikan itu dan apa alternatifnya untuk rakyat.
“Ini untuk mengurangkan beban dihadapi rakyat yang terjejas teruk akibat Covid-19 dan bencana banjir,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Rosol berkata, pihaknya turut mengadakan sesi konsultasi bersama Gardenia Bakeries ketika harga produk roti itu dinaikkan 1 Dis lalu.
Katanya, syarikat itu memberikan alasan kenaikan harga berpunca daripada kenaikan harga bahan mentah yang di luar kawalan mereka.
“Kementerian memahami alasan itu dan sebagai alternatif, Gardenia Bakeries berjanji mengeluarkan satu produk baharu roti yang dijual pada harga lama. Langkah sama boleh dibuat pengeluar Massimo supaya rakyat mempunyai pilihan.”
Dalam pada itu, Rosol berkata, kerajaan hanya boleh mengawal harga roti putih biasa dan jika pengeluar berhasrat menaikkan harganya, mereka perlu memaklumkan kepada KPDNHEP terlebih dulu.
“Untuk roti lain, ia tidak tertakluk kepada kawalan harga itu,” katanya yang berharap satu situasi menang-menang dapat dicapai.
FMT hari ini melaporkan, harga roti Massimo bagi White Sandwich 400g adalah RM2.80 sebuku berbanding RM2.38 sebelum ini, White Sandwich 600g RM4 (dahulu RM3.35), Wheat Germ 400g RM3 (dahulu RM2.48).
Selain itu, harga Wheat Germ 600g dinaikkan daripada RM3.71 kepada RM4.25, harga baharu lain termasuk RM4.10 untuk produk 100% Whole Wheat dan ban krim Duetto berharga RM1. FMT
Massimo naikkan harga roti, KPDNHEP minta penjelasan
Baca Artikel Menarik :
- Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran
- Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
- Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’
- Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?
- Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
- Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!
- Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video)
- Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien
- Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
- Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies
- Resepi Ayam Goreng Serai Thai
Layari Laman Facebook MYKMU</a