Ameera Khan luah syukur, mahu hafal surah pula

AMEERA KHAN LUAH SYUKUR, MAHU HAFAL SURAH PULA

AMEERA KHAN LUAH SYUKUR, MAHU HAFAL SURAH PULA

“Saya cuba untuk khatam Al-quran dua kali setiap tahun sejak saya 16 tahun tapi ada yang jadi, ada yang tak jadi. Sebenarnya tahun ni saya khatam tiga kali. Sekali ketika sebelum bulan puasa, kemudian Rejab, Syaaban dan Ramadan saya khatam lagi sekali dan saya berpuasa sepanjang tiga bulan tu.

“Lepas Ramadan saya mulakan lagi sekali, Alhamdulillah saya khatam kali ketiga pada hari terakhir 2021. Memang saya nak menghabiskan tahun ini dengan khatam Al-quran, Alhamdulillah dapat.

“Saya start mengaji pada usia 7 tahun dan sehingga saya berusia 21 tahun pada bulan Disember lalu, jadi 7 hingga 21 tahun, saya dah khatam Al-quran 13 kali, Alhamdulillah,” ujar personaliti media sosial yang juga adik kepada Noor Neelofa iaitu Ameera Khan yang meluahkan rasa gembira dan bangga apabila dirinya berjaya mengkhatam Al-quran sebanyak tiga kali pada tahun ini.

Menurut Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan, dia sudah berjaya mengkhatam Al-quran sebanyak 13 kali sepanjang berusia tujuh hingga 21 tahun dan dia berjaya menamatkan bacaaan pada hari terakhir 2021.

AMEERA KHAN LUAH SYUKUR, MAHU HAFAL SURAH PULA
Ameera yang menjadikan surah Ar-Rahman sebagai kegemarannya itu mengikuti kelas mengaji bersama ustazah dan kadang-kala bersama ibunya, Datin Noor Kartini pada setiap selepas subuh dan maghrib.


Baca Artikel Menarik :


“Kelas mengaji saya one to one bersama ustazah tapi kadang-kadang selepas subuh atau maghrib, saya akan mengaji bersama mama. Tapi kebanyakannya saya mengaji dengan ustazah dan selepas kelas, saya akan terus mengaji sendiri sebab Alhamdulillah saya pun dah lancar dan sebab nak cepat kan khatam tu, saya akan mengaji pada bila-bila masa yang saya mahu,” jelasnya lagi.

Menceritakan perubahannya yang sudah berhijab dan cemerlang menghabiskan bacaan Al-Quran sebanyak tiga kali pada tahun 2021, Ameera cukup berbangga dengan dirinya walaupun dia bermula dengan langkah yang kecil. Malah, dia juga berazam untuk melangkah ke tahun 2022 dengan niat mahu menghafal surah-surah Al-quran.

AMEERA KHAN LUAH SYUKUR, MAHU HAFAL SURAH PULA

“Saya sebenarnya sangat gembira dengan diri saya sendiri Alhamdulillah, 2021 tahun yang banyak mengubah saya sebab saya rasa saya masih muda tapi saya ada keberanian untuk pakai tudung walaupun belum sepenuhnya, saya bangga dengan diri saya sendiri.

“Walau apa pun cakap-cakap orang, saya sangat bangga dengan diri saya sebab mulakan semua ni walaupun dengan langkah yang kecil, saya sangat gembira, sangat sangat gembira.

“Azam saya untuk tahun 2022 dari sudut keagamaan, saya nak berpuasa sepanjang Rejab, Syaaban, Ramadan, khatam Al-quran sekurang-kurangnya tiga kali dan hafal beberapa surah.

“Saya ada senaraikan beberapa surah yang saya nak hafal sebab alhamdulillah Allah bagi saya cepat hafal jadi saya rasa, saya dah boleh mula hafal surah-surah yang panjang. Mana tahu, boleh hafal seluruh surah dalam Al-quran,” katanya di akhir perbualan.

AMEERA KHAN LUAH SYUKUR, MAHU HAFAL SURAH PULA


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU



Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker