Pemandu maut, 6 murid cedera MPV terbalik, bergolek

Pemandu maut, 6 murid cedera MPV terbalik, bergolek

Seorang lelaki maut, manakala enam murid cedera dalam kemalangan di Jalan Saujana Utama, Sungai Buloh tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata sepasukan 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama bergegas ke lokasi nahas selepas panggilan diterima 1.08 tengah hari.



“Menurut laporan awal, kemalangan itu membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dan Perodua Aruz.

“Saksi memaklumkan Perodua Aruz dinaiki dua wanita yang keluar dari simpang melanggar Proton Exora dipandu seorang lelaki bersama enam murid Darjah 1 Sekolah Kebangsaan Saujana Utama yang datang dari sebelah kiri,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Akibat rempuhan itu, beliau berkata, Proton Exora berkenaan terbalik dan bergolek ke bahu jalan.

Katanya, pemandu Proton Exora yang berusia 52 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala enam murid terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan cedera ringan.



“Semua murid dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan,” katanya sambil menambah pemandu dan penumpang Perodua Aruz yang tidak cedera turut dihantar ke hospital akibat kesukaran bernafas. FMT

Pemandu maut, 6 murid cedera MPV terbalik, bergolek


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker