Pakar dakwa makhluk asing guna asteroid jajah Bumi

Makhluk asing mungkin akan menyerang Bumi bagi mendapatkan sumber yang ada di planet ini.

WASHINGTON – Seorang pakar mengeluarkan satu teori yang menyatakan bahawa makhluk asing berkemungkinan menyerang Bumi dan memusnahkan semua sumber di planet ini menggunakan asteroid sebagai senjata, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Seorang profesor dari Kolej Tentera Udara dan Kakitangan Amerika Syarikat (AS), Paul Springer berkata, makhluk asing mungkin akan menghantar ‘senjata’ ke Bumi bagi menguasai planet ini.

“Makhluk asing mungkin merupakan sejenis nomad dan mencari planet baharu menggunakan senjata.

Gempar! 200 UFO muncul di langit Sepanyol

“Ia akan menghapuskan senjata nuklear di Bumi menggunakan laser atau objek angkasa lepas seperti asteroid yang dihalakan ke sasaran,” katanya.

Tambah Springer, sekiranya makhluk asing benar-benar menceroboh, beliau percaya ia akan menakluki Bumi sama seperti orang Eropah menjajah benua Amerika 300 tahun lalu dengan meninggalkan sumber yang tandus selain menghapuskan penduduk asal.

“Anda perlu menganggap mana-mana tamadun bertindak mengikut apa yang dilihat sebagai kepentingan terbaiknya sendiri. Makhluk asing masih belum muncul kerana ia sedang menambah baik keadaannya,” katanya. – AGENSI

Pakar dakwa makhluk asing guna asteroid jajah Bumi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Juruterbang rakam kelibat 12 UFO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker