Penuntut UUM Putus Kaki Terkena Kipas Bot Di Caribbean

Penuntut UUM Putus Kaki Terkena Kipas Bot Di Caribbean

ALOR SETAR: Seorang penuntut Ijazah Pengurusan Pelancongan di Universiti Utara Malaysia (UUM), yang sedang menjalani latihan menyelam di Dive Division Curacao di Caribbean, putus kaki kanan selepas terkena kipas bot dalam kejadian pada Rabu lalu.

Mangsa, Nur Nabilah Mohd Azhar, 25, kini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Hospital Curacao, Venezuela. 
 
Menurut bapa mangsa, Mohd Azhar Zakaria, 58, kaki kanan anaknya itu terpaksa dipotong manakala lengan kanannya pula retak.

Menurut Mohd Azhar, anak bongsu dari empat beradik yang dipanggil Puteri itu sedang menjalani latihan amali selama enam bulan di negara berkenaan. 
 Katanya, anaknya yang juga penuntut tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) UUM, Sintok itu baru tiga bulan berada di negara itu sejak berlepas ke sana pada 24 September lalu.

Dia terkejut sebaik mengetahui kejadian itu daripada isterinya yang memaklumkan anak mereka kemalangan pada jam 11 malam (waktu tempatan). 
 “Saya sampai, dia (isteri) menangis. Saya kata habis lah anak aku. Ya Allah, dia kata anak kita habis, kaki dia hancur dah kena kipas. Saya kata Ya Allah, lepas tu saya cuba bagi dia tenang, kalau kita menangis air mata darah pun tak boleh buat apa benda dah jadi dah. Cuma kita berdoa bagi dia selamat,” katanya ketika di temui Astro AWANI di sini.

Menurut Mohd Azhar, anak bongsu dari empat beradik yang dipanggil Puteri itu sedang menjalani latihan amali selama enam bulan di negara berkenaan. – Foto Astro AWANI


 Sementara itu isterinya Nor Manira Khalib, 57, berkata dia mengetahui kejadian sebaik menerima panggilan dari kenalan anaknya di sana yang dikenali sebagai “Seal”. 
 Ketika kejadian anaknya sedang melatih dua doktor warga asing teknik menyelam sebelum kaki kanannya terkena kipas bot.

Dia dan suami berharap dapat berlepas ke negara itu namun tidak mempunyai wang yang mencukupi yang mencecah hampir RM40,000. 
 “Kami hendak tahu kesihatan dia, keadaan dia macam mana. Asyik tanya daripada sana macam mana dari semasa ke semasa, tanya dia minta gambar apa semua, setiap waktu,” katanya.

Kejadian menimpa Nur Nabilah ini turut mendapat perhatian Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Dr Hendrik Lamsali yang mengunjungi rumah keluarga penuntut itu di Kampung Alor Janggus, hari ini. 
 Dr Hendrik berkata, pihaknya bersetuju untuk menanggung perbelanjaan ibu bapa Nur Nabilah dan seorang pengiring dari UUM ke Carribean untuk melihat keadaan penuntut berkenaan.

Tambahnya, Nur Nabilah adalah penuntut tahun akhir di UUM dan dimaklumkan sudah pun ditawarkan pekerjaan dalam bidang berkenaan di sana. 
 “Sekarang ini kita tumpu dia punya recovery , kemudian tengok macam mana, kalau doktor kata ok, boleh balik Malaysia dan kita akan bawa balik.

“Kita pun berhubung dengan embassy di sana, dengan embassy Venezuela pun sudah, dengan Wisma Putra pun sudah, dengan pihak insurans pun kami telah berhubung. Banyak perkara sudah buat. Di UUM satu task force, jawatankuasa khas kita dah buat,” katanya lagi.-AA

Penuntut UUM Putus Kaki Terkena Kipas Bot Di Caribbean

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker