Keluar parti kerana ada kes mahkamah

Sebaran :

Keluar parti kerana ada kes mahkamah

Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap Peter Anthony yang keluar parti tidak mengejutkannya kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk berbuat demikian.

Katanya, Peter menyatakan hasrat itu berikutan kes mahkamah yang sedang dihadapinya manakala seorang lagi ADUN, Juil Nuatim bertindak keluar parti kerana terpengaruh dengan Peter.

“Bukan satu perkara yang mengejutkan dan saya bersimpati kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan hasratnya berikutan kes mahkamah yang dihadapinya.



“Tindakan ADUN Limbahau Juil Nuatim juga mendukacitakan kerana terpengaruh dengan Peter yang menyebabkannya mengambil keputusan tergesa-gesa,” katanya dalam kenyataan.

Shafie berkata, alasan bekas Naib Presidennya itu untuk keluar parti bahawa Warisan telah tersasar daripada perjuangan asal, hanya kerana ia melebarkan sayap ke Semenanjung, juga adalah tidak benar.

Ini kerana, katanya, perkara itu disokong penuh Majlis Tertinggi dan ahli parti pada mesyuarat majlis tertinggi sebelum ini dan perhimpunan agung tahunan pada 12 Dis lepas.

“Keputusan untuk melebarkan Warisan ke Semenanjung adalah satu langkah untuk menawarkan satu lagi pilihan kepada semua pengundi di Malaysia.



“Jelas pada pilihan raya Melaka dan Sarawak, jumlah rakyat yang keluar mengundi hanya sekitar 60% dan ini menunjukkan ramai pengundi mahukan pilihan parti yang lebih baik yang mampu membawa perubahan untuk kebaikan negara dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, keputusan Peter untuk menubuhkan sebuah lagi parti pelbagai kaum yang bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya akan memecah-belahkan lagi penduduk negeri itu, khususnya masyarakat di pedalaman.

Katanya, kenyataan Peter bahawa sesebuah negeri patut ditadbir oleh parti politik setempat menurut negeri masing-masing juga bercanggah dengan tindakannya menyertai GRS.

“GRS terdiri daripada parti nasional iaitu Bersatu, Umno, PAS, MCA, Gerakan dan MIC, parti Kadazandusun Murut (KDM) iaitu STAR, PBS dan PBRS serta parti tempatan SAPP.



“Gabungan ini diketuai oleh seorang ahli parti nasional iaitu Bersatu, maka keputusan kerajaan GRS ditentukan oleh ketua partinya di peringkat nasional.

“Warisan berpegang kepada nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada perjuangan parti untuk membela nasib seluruh rakyat di negara ini khususnya di Sabah dan sebagai sebuah parti yang mewakili pelbagai kaum dan agama, Warisan tidak mengambil pendirian parokial yang hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja, ini adalah hala tuju Warisan,” katanya.

Semalam, Peter dalam sidang media khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) mengumumkan beliau telah meninggalkan Warisan bagi menubuhkan parti baharu.

Sementara itu, Juil turut mengumumkan beliau keluar daripada Warisan bersama Peter, namun masih belum membuat keputusan sama ada akan menyertai parti baharu yang ditubuhkan nanti atau tidak.

Keluar parti kerana ada kes mahkamah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?

Damian pertahan tindakannya sambut Krismas


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *