Omicron: Umrah mungkin akan ditangguhkan
Omicron: Umrah mungkin akan ditangguhkan
Kerajaan mungkin akan menangguhkan ibadah umrah ke Makkah jika situasi penularan varian Omicron di Arab Saudi meningkat dan jangkitan dalam kalangan jemaah tempatan berada pada tahap membimbangkan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia belum sampai tahap (tangguh ibadah umrah) itu lagi dan kerajaan tidak mahu melakukan keputusan terburu-buru.
Beliau berkata, buat masa ini, jemaah umrah yang baharu pulang ke tanah air akan dipakaikan peranti digital bagi memudahkan pemantauan.
“Jika situasi makin membimbangkan, kita mungkin akan meletakkan jemaah umrah yang baru pulang ke pusat kuarantin dan langkah terakhir mungkin menangguhkan ibadah umrah.
“Kita masih memantau situasi penularan itu di Arab Saudi dan langkah-langkah kesihatan lain,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Katanya, pihaknya juga akan berbincang dengan syarikat pelancongan umrah bagi memastikan setiap bakal jemaah mengambil dos penggalak terlebih dahulu sebelum pergi menunaikan ibadah umrah.
Khairy Jamaluddin berkata, jemaah umrah yang sudah pulang dinasihatkan agar melakukan ujian saringan kendiri Covid-19 setiap hari sepanjang tempoh kuarantin. K Online
Omicron: Umrah mungkin akan ditangguhkan
Baca Artikel Menarik :
- Berlakon Bantu Mangsa Banjir, Sila Kembali Ke Hollywood – TMJ
- 2 ADUN Warisan keluar parti ikut langkah 3 ADUN sebelum ini
- Aksi rehat separuh masa pertama rentap nyawa pemain
- Majlis kahwin artis disiasat langgar SOP
- Taikun Cina rakan kongsi Mahathir – Najib
- Paru-paru Ebby Yus mungkin perlu ditebuk
- Kucing setia menunggu di pusara tuannya
- Tiada tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM?
- Badrul Muhayat nafi melarikan anaknya
- KL Sentral Pasti Sunyi Tanpa Busking Dari Abang Meor, Pemergiannya Buat Ramai Sedih [VIDEO]
- Saya bukan sengaja memakai kostum Captain America bantu mangsa banjir
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Damian pertahan tindakannya sambut Krismas