Varian Omicron: Johor kesan dua kes babit jemaah pulang umrah

Varian Omicron: Johor kesan dua kes babit jemaah pulang umrah

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melaporkan dua kes Omicron membabitkan pasangan suami isteri yang baru pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan ibadah umrah pada 25 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata, pasangan berkenaan telah pergi menunaikan umrah pada 4 Disember lalu dan pulang ke Malaysia melalui klia pada 16 Disember lepas.

Katanya ujian saringan PCR di Pintu Masuk Antarabangsa yang dijalankan pada 16 Disember telah mengesan keduanya positif pada 18 Disember lalu.

“Sampel PCR tersebut kemudiannya telah dihantar ke Institue Of Medical Research (IMR) bagi menjalani proses jujukan genom dan keputusan kemudiannya didapati positif Omicron.

“Kini kedua-duanya sedang menjalani isolasi di rumah di Johor Bahru.

“Kesemua kontak rapat kepada kedua-dua kes juga telah dikenalpasti dan telah diberikan arahan pengasingan dan pemerhatian di rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Vidyananthan, susulan perkembangan terbaharu ini, JKNJ mengingatkan agar semua rakyat Johor yang pulang dari luar negara khususnya dari umrah, untuk mematuhi arahan kuarantin wajib yang diberikan.

Katanya mereka perlu terus kekal berada di dalam bilik berasingan dan tidak bertemu dengan ahli rumah atau individu yang lain.

“Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan penularan jangkitan COVID-19 termasuk varian Omicron dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti.

“Kami juga mahu mengingatkan di dalam kemeriahan menyambut sambutan Krismas dan Perayaan Tahun Baharu, dinasihatkan untuk melakukan ujian pengesanan COVID-19 kendiri menggunakan RTK Ag sebelum aktiviti berkumpul atau berkunjung bagi menziarahi sanak saudara, jiran tetangga mahupun rakan.

“Sekiranya bergejala, dapatkan rawatan segera, jalani ujian pengesanan COVID-19 dengan segera dan kekal berada di rumah sehingga tiada gejala,” katanya.-AA

Varian Omicron: Johor kesan dua kes babit jemaah pulang umrah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker