Jangan guna banjir untuk cari pujian, kata Panglima ATM

Angkatan Tentera Malaysia menggesa orang ramai bersatu dan saling membantu meringankan beban mangsa banjir yang melanda beberapa negeri sejak hujung minggu lalu.

Pada masa sama pasukan keselamatan itu mengingatkan agar tiada mana-mana pihak cuba menangguk di air keruh bagi mendapatkan nama serta pujian.

Panglima ATM Affendi Buang berkata sekarang adalah waktu untuk seluruh rakyat menggiatkan usaha menyelamatkan negara.

“Jangan lakukan untuk milage (pujian). Jangan ambil kesempatan untuk mengatakan ‘saya buat ini, buat itu’.

“Sekarang adalah masa untuk rakyat Malaysia melakukan usaha bersama menyelamatkan negara dan inilah yang sepatutnya kita buat,” katanya pada sidang media di Shah Alam, Selangor hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Affendi berkata demikian semasa mengulas mengenai cabaran dihadapi pasukan ATM semasa menggerakkan operasi menyelamat di pelbagai lokasi di Lembah Klang beberapa hari lalu.

Ketika dia tidak menyebut secara jelas nama sesiapa atau merujuk kepada mana-mana insiden, kenyataan Affendi itu dibuat ketika orang ramai menyatakan kemarahan terhadap tindak balas kerajaan mengurus dan menyelaras bantuan kepada mangsa banjir.

Ia turut dizahirkan dengan ketara pada platform media sosial dengan kebanyakannya berang apabila mendapati sesetengah ahli politik dilihat hadir hanya untuk mendapatkan publisiti berbanding mengurangkan beban yang ditanggung.

Antara insiden yang paling tidak disenangi membabitkan seorang menteri menggunakan kemudahan bot untuk membawa dia serta pegawainya dan anggota keselamatan sebagai pengawal semasa melawat kawasan banjir.

Ia dipercayai turut menyediakan ruang untuk wartawan.

Orang ramai berpendapat bot itu sepatutnya boleh digunakan untuk menyalurkan bantuan atau mengeluarkan mangsa dari kawasan ditenggelami air berbanding disiapkan untuk keselesaan menteri terbabit.

Kata Affendi pasukan penyelamat kini tidak lagi boleh bertindak secara bersendirian sebaliknya usaha sebegitu perlu dilaksanakn dengan pendekatan secara menyeluruh semua agensi kerajaan.

“Kita tidak boleh lagi bekerja secara bersendirian atau silo.

“Sebarang usaha yang dilaksanakan akan lebih berkesan sekiranya dilaksana dengan berkonsepkan whole of government approach bagi memastikan setiap agensi terlibat dapat digembleng secara bersama,” katanya.

Tambah Affendi sekarang bukan masa untuk sesiapa meletakkan kesalahan kepada mana0mana pihak sehingga boleh mengganggu sebarang usaha menyelamat.

“Sebarang kekurangan dalam aspek pengurusan banjir ini adalah tugas bersama setiap agensi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menambah baik operasi yang dilaksanakan dan pada masa akan datang,” katanya.

Jangan guna banjir untuk cari pujian, kata Panglima ATM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


4 agensi diarah beri laporan bencana setiap hari kepada rakyat – Ismail

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker