Kereta kebal misteri terapung di laut Indonesia

Sebaran :

Kereta kebal misteri terapung di laut Indonesia

Satu objek asing yang menyerupai peralatan tentera dan mirip sebuah kereta kebal tentera dijumpai terapung di Laut Natuna di Indonesia, lapor laman berita Wionews semalam.

Tentera Indonesia yang maklum tentang insiden itu bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti objek terapung tersebut.

Minggu lalu, foto yang memaparkan objek tersebut dirakam sedang terapung menjadi tular di media sosial Indonesia.



Ia dirakam oleh pekerja pelantar di Laut Natuna yang merupakan kawasan yang luas dan cetek di bahagian paling selatan Laut China Selatan yang sebahagian besarnya berada di perairan negara Indonesia.

Salah satu foto itu menunjukkan objek tersebut sedang hanyut di dengan turet dan meriamnya jelas kelihatan.

Biarpun kenderaan itu kelihatan berkarat, beberapa peralatan luarannya dilihat berada dalam keadaan baik.

Keadaan laut yang bergelora bagaimanapun menyebabkan kapal pengendalian sauh OPS Astrid gagal mendekati objek berkenaan. K Online



Kereta kebal misteri terapung di laut Indonesia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *