Pakej Bantuan Khas ‘Lemau’, Hanya Ulangan Makluman Dalam Belanjawan 2021

 

Tiada yang menarik dalam Pakej Bantuan Khas yang diumumkan dalam Perutusan Khas Perdana Menteri tadi dan kebanyakan insiatif yang diumumkan tadi sebenarnya sudah ada dalam belanjawan 2021 dan bukan khusus untuk perlaksanaan PKP dan darurat ini.

Lanjutan moratorium pinjaman masih bukan automatik dan tiada faedah seperti moratorium pertama tahun lepas. Masih terpulang kepada bank masing-masing bagi menentukannya.

Hal ini disuarakan oleh bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak dalam hantaran Facebook beliau sebentar tadi. Menurut beliau, ada sedikit penambahbaikkan pada kategori 2 i-Sinar KWSP walaupun bukan automatik dan tanpa syarat untuk pengeluaran dari akaun 1 sehingga RM10 ribu

Antara yang diumumkan dalam perutusan khas Perdana Menteri tersebut yang diberi nama Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM15 bilion itu adalah,

1. Pemberian bayaran one-off RM500 kepada barisan depan (frontliner) kesihatan dan RM300 kepada frontliner lain (diumum dalan Belanjawan 2021) akan dibayar pada suku pertama tahun ini-PM

2. Akaun 1 KWSP (i-Sinar) KWSP beri bayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi kategori 2. Proses dipermudahkan kerana ahli hanya isytihar secara kendiri dan hantar dokuman sokongan secara dalam talian. Bayaran pendahuluan dibayar mulai 26 Jan 2021-PM

3.Moratorium dan bantuan pembayaran balik pinjaman secara bersasar sedia ada kepada mereka yang layak juga diteruskan 1.3 juta pemimjam memohon dengan kelulusan 95 peratus-PM

4. Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15billion

Ucapan Penuh PM: Pakej Bantuan Khas

5. Antara yang boleh diambil perhatian adalah: – RM3b untuk program vaksin

– RM150juta utk tambah 3,500 petugas kesihatan

– RM100juta utk kerjasama dgn hospital swasta

– pelepasan cukai utk swab test individu

6. Bayaran BPN 2.0 Fasa 2.0 akan dipercepatkan mulai 21 Januari Keluarga pendapatan bawah RM5000 :- RM300 Bujang pendapatan bawah RM2000 :- RM150

7.Moratorium & Pengurangan Ansuran Pinjaman DITERUSKAN

8. Pelepasan Cukai Pembelian telefon bimbit, komputer & laptop diteruskan sehingga 31 Disember 2021

9. Peminjam PTPTN yg terjejas akibat Covid & banjir boleh mohon moratorium selama 3 bulan

10. Bantuan Kewangan GKP kepada PKS sebanyak RM1000 di negeri PKP dan RM500 di negeri bukan PKP.

11. Bantuan One Off RM500 kpd pemandu pelancong, teksi, pmndu bas & ehailing

12.Peminjam Perniagaan MARA Moratorium atau penjadualan semula boleh dimohon

13.Diskaun bil elektrik 10% kpd 6 sektor terpilih. Rebat 2sen/kilowat utk semua pgguna TNB dari Jan – Jun 2021) – MU

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker