Facebook diundi syarikat paling teruk tahun 2021

Facebook yang baru-baru ini dijenamakan semula sebagai Meta diundi sebagai syarikat paling teruk bagi tahun 2021. – Lightrocket via Getty

WASHINGTON – Satu tinjauan mendapati bahawa Facebook atau baru-baru ini dijenamakan semula sebagai Meta diundi sebagai syarikat paling teruk bagi tahun 2021, lapor akhbar New York Post semalam.

Tinjauan yang dibuat menerusi laman utama Yahoo Finance dari 4 hingga 5 Disember lalu itu menerima sejumlah 1,541 responden.

Menurut Yahoo, lapan peratus undian masuk adalah untuk Meta, dan jumlah itu adalah 50 peratus lebih banyak berbanding syarikat yang berada di tempat kedua iaitu Alibaba.

Ketua Pegawai Eksekutif Meta Platforms, Mark Zuckerberg September lalu mengumumkan pertukaran nama syarikatnya di tengah-tengah pelbagai krisis yang melanda jenama tersebut.

Minggu lepas, Meta memaklumkan kepada kira-kira 50,000 pengguna Facebook dan Instagram bahawa mereka mungkin menjadi sasaran kepada tujuh firma swasta yang menawarkan perkhidmatan ‘pengawasan’.

“Industri itu menyasarkan pengguna internet untuk mengumpulkan risikan, memanipulasi bagi mendedahkan maklumat dan menjejaskan peranti serta akaun mereka,” kata Pengarah Gangguan Ancaman Meta, David Agranovich.  – AGENSI

Facebook diundi syarikat paling teruk tahun 2021


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tiga lagi mayat ditemui di Taman Sri Muda

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker