MetMalaysia sangkal dakwaan akan berlaku ‘kepala ribut’

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan maklumat cuaca berkenaan ‘kepala ribut’ Taufan Rai, yang tular di pelbagai platform media sosial termasuk aplikasi Whatsapp baru-baru ini.

Sebaliknya MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Taufan Rai kini sedang bergerak menuju ke arah Timur Laut Da Nang, Vietnam dengan kelajuan 20 kilometer sejam dan menjauhi rantau negara.

Kenyataan itu menyatakan nasihat Taufan Rai terkini dikeluarkan oleh MetMalaysia pada 2.45 petang hari ini, dan akan dikemas kini setiap tiga jam.



“MetMalaysia mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca, melalui laman web rasmi dan media sosial rasmi MetMalaysia atau talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

“MetMalaysia juga ingin menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurut kenyataan MetMalaysia itu.

Baru-baru ini tular di satu laman web dan media sosial mendakwa MetMalaysia memberi amaran hujan berterusan buruk membabitkan 12 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang kononnya disebabkan oleh ekor ribut berpunca daripada Taufan Rai.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu menerusi SMS atau media sosial, yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



– Bernama

MetMalaysia sangkal dakwaan akan berlaku ‘kepala ribut’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker