Wanita tidak sengaja siar aktiviti seks bersama suami di Facebook

Wanita tersebut mengakui berasa malu dan menangis selama seminggu selepas insiden tersebut. – TikTok

JACKSON, MISSISSIPPI – Seorang wanita di Mississippi, Amerika Syarikat mendedahkan mengenai  insiden memalukan, di mana dia secara tidak sengaja membuat penstriman  menerusi laman Facebook ketika melakukan hubungan intim bersama suaminya, lapor akhbar New York Post semalam.

Wanita tersebut menerusi akaun TikTok @rroberson16 berkata, apa yang lebih memalukan adalah seramai 46 daripada pengikutnya menonton video tersebut termasuk bapanya.

“Saya menangis selama seminggu dan menyangka hidup saya telah berakhir,” kata wanita tersebut.

Menurutnya, sebelum insiden itu, dia sedang melayari laman Facebook apabila suaminya secara tiba-tiba menghampiri dan mula melakukan hubungan seks dengannya.

“Saya membiarkan telefon bimbit tanpa mengunci paparan skrin dan secara tidak sengaja telah menekan butang ‘live’.

“Seorang rakan baik kemudiannya menelefon saya berulang kali supaya video penstriman tersebut menjadi ‘terganggu’, namun saya tidak mempedulikan panggilannya,” ujarnya.

Bagaimanapun, wanita berkenaan berasa sedikit lega kerana video tersebut tidak menampakkan dirinya dan suaminya, sebaliknya hanya suara mereka yang dapat didengari dengan jelas.

Klip video pengakuan wanita tersebut menjadi tular di TikTok dengan ramai netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai kejadian itu.

“Kalau terjadi kepada saya, pasti saya akan memadam kesemua akaun media sosial, menukar nama dan melarikan diri daripada semua orang,” kata seorang netizen. – Agensi

Wanita tidak sengaja siar aktiviti seks bersama suami di Facebook


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker