‘Turun beramai-ramai mengundi, jangan tunggu saat akhir’
MIRI – Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan meminta rakyat negeri itu yang layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 supaya menunaikan kewajipan mereka pada 18 Disember ini.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Sari itu berkata Suruhanjaya Pilihan Raya telah menyediakan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pengundi.
“Saya berharap pengundi akan turun beramai-ramai mengundi. Janganlah tunggu sehingga saat-saat akhir kerana proses pengundian ini harus mematuhi SOP (yang memakan sedikit masa), tidak macam dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri program Kongsi Fakta Daerah Miri anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak di sini pada Selasa.
Awang Tengah juga meminta semua rakyat mengekalkan sokongan padu terhadap GPS jika mahukan sebuah kerajaan negeri yang stabil, menjaga kebajikan masyarakat dan membangunkan seluruh negeri Sarawak untuk rakyatnya.
“Kuasa ada pada setiap daripada kita yang akan menentukan siapa yang bakal menjadi kerajaan seterusnya memerintah Sarawak. Laksanakan tanggungjawab. Insya-Allah, GPS akan dapat mencipta kemenangan,” katanya. – Bernama
‘Turun beramai-ramai mengundi, jangan tunggu saat akhir’
Baca Artikel Menarik:
- Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik
- Batu nilam terbesar dunia ditemui
- Pemimpin DAP atur sidang Zoom raih sokongan jadikan Mahathir calon PM
- Menteri, timbalan isytihar akaun luar pesisir kepada SPRM
- Kenapa Lantik Individu Yang Dikaitkan Kes Rasuah Di India Ketuai DNB?
- Peniaga jumpa muntah ikan paus bernilai jutaan ringgit di Marang
- Najib dedahkan propaganda PAC untuk teruskan agenda DAP
- DAP meneruskan propaganda yang dimainkan mereka sejak tahun 2017 sebelum PRU14.
- Model 5G: Gesaan Muhyiddin memeranjatkan
- Najib sindir ‘kepakaran’ Mahathir guna kayu penyepit
- Saintis ramal ‘kiamat’ dari lautan satu atau dua abad lagi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET