Najib dedahkan propaganda PAC untuk teruskan agenda DAP
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang diketuai DAP membuat kesimpulan semalam bahawa mereka syaki pembelian tanah oleh BNM dari kerajaan pada tahun 2017 di bawah kerajaan BN adalah untuk mendapat dana bagi pembiayaan Pelan Rasionalisasi 1MDB.
Mereka membuat kesimpulan ini setelah mendakwa harga yang dibayar BNM untuk tanah seluas 55.8 ekar adalah lebih tinggi iaitu RM2.07 bilion berbanding penilaian JPPH sebanyak RM1.42 bilion.
Ini sebenarnya usaha DAP untuk meneruskan propaganda yang dimainkan mereka sejak tahun 2017 sebelum PRU14.
Saya ingin memberi beberapa fakta.
1. Jika kerajaan BN dahulu perlu dana untuk “menyelamatkan” 1MDB, kita tidak perlu menjual tanah pada harga lebih mahal pada BNM.
Sebab BNM adalah milik kerajaan, kita cuma perlu minta BNM bayar dividen tahunan lebih tinggi kepada kerajaan.
Sebagai contoh dividen dibayar BNM pada tahun 2017 adalah RM2.5 bilion berbanding dividen tahun 2019 sebanyak RM4 bilion dan RM3.5 bilion bagi tahun 2020.
Ataupun kita boleh jual aset Khazanah Nasional seperti aset melebihi RM30 bilion dijual kerajaan PH selepas PRU14.
Atau ambil dari Petronas sebagai dividen. Kerajaan BN meninggalkan rizab tunai RM173 bilion semasa PRU14 dan hanya ambil dividen sebanyak RM16 bilion pada tahun 2016 dan 2017 – berbanding dividen RM24 bilion (2018), RM54 bilion (2019) dan RM34 bilion (2020).
Atau pinjam dan naikkan hutang negara seperti kenaikan hutang negara sebanyak RM300 bilion dari RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 bawah kerajaan BN dahulu berbanding hutang RM985.9 bilion pada hari ini.
Jadi, buat apa kita nak menyusahkan diri dengan mengambil dana tambahan sebanyak RM650 juta dengan menjual tanah dengan harga RM2.07 bilion berbanding nilai RM1.42 bilion yang dakwa DAP?
2) Tanah seluas 55.8 ekar itu memang bersebelahan dengan Museum BNM, Sisana Kijang milik BNM dan Asean School of Business yang juga milik BNM serta Sogo dan Kompleks Pertama di tengah Kuala Lumpur.
Jadi, adakah harga tanah itu benar-benar bernilai RM584 untuk satu kaki persegi (RM1.42 bilion bagi 55.8 ekar) seperti penilaian JPPH yang didakwa PAC?
Sedangkan harga tanah Kampung Bharu kan dah melebihi RM1,000 satu kaki persegi?
Lagipun, tabah lokasi strategik ini bukan dijual kepada pihak swasta. Tanah tersebut itu masih milik kerajaan bawah BNM.
Bukan seperti penjualan aset negara berpuluh-puluh bilion kepada pihak swasta seperti dibuat oleh kerajaan PH dahulu, pembayaran dividen Petronas melebihi RM137 bilion atau penambahan hutang negara sebanyak RM300 bilion selepas PRU14 tetapi satu sen prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar sehingga sekarang.
Baca Artikel Menarik:
- ‘Tengku Zafrul’ perdaya guru tadika, rugi RM4,200
- Uqasha: Buat umrah bukan untuk berseronok
- Akhirnya tersingkir, GV8 bukan pentas saya – Fazley Yaakob
- Bayar saman trafik di mesin ATM
- Tiada lagi selfie orang DAP dengan Mahathir, sindir Ronnie Liu
- Isu Nora Danish: Kebahagiaan tidak perlu diuar-uar dengan perkara maksiat
- Najib dikelilingi ‘Yes-men’ sorok kebenaran sehingga BN tumbang
- PRU 2018: Sabotaj di war room; di luar, BN bawa penyokong PH ke pusat undi
- Sedap Memang Sedap! Awas Punca Makanan Ini Mungkin Anda Hidapi Penyakit Berbahaya Seperti Kanser
- Saya tidak akan biar pegawai dan anggota saya ‘dibelasah’ – Ayob Khan
- Goreng ayam guna Ron97?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.