Bantuan deposit bantu rakyat Sarawak miliki rumah

Bantuan deposit bantu rakyat Sarawak miliki rumah

Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) yang ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 di Sarawak adalah satu kaedah membantu mereka memiliki kediaman sendiri selepas kehidupan terjejas susulan pandemik COVID-19.

Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Openg, berkata melalui skim diurus Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd itu, kerajaan negeri akan membayar deposit rumah maksimum RM10,000 untuk pembelian rumah mampu milik, sekali gus membantu mereka yang tidak berupaya membuat simpanan ketika tempoh pandemik.

“Sebagai contoh kalau anda membeli rumah berharga RM90,000, kerajaan negeri akan membayar RM10,000 deposit dahulu dan baki RM80,000 akan dilunaskan pembeli.

“Ini adalah kaedah baharu untuk kita membantu rakyat pasca pandemik kerana kita tahu pendapatan mereka terjejas,” katanya selepas melawat projek Rumah Spektra Permata (RSP) dan menyerahkan kunci rumah kepada penerimanya di Kemuyang di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, melalui melalui Belanjawan Negeri 2022, RM10 juta diperuntukkan bagi melaksanakan skim itu.

Di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bermula 2021 hingga 2025, katanya, kerajaan negeri akan membina 1,819 unit RSP.

“Dalam tempoh RMK-11 (2015-2020), sebanyak 2,470 unit RSP dibina di seluruh Sarawak, membabitkan kos RM258.6 juta,” katanya. BH

Bantuan deposit bantu rakyat Sarawak miliki rumah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker