Wanita jatuh flat hempap kereta
Wanita jatuh flat hempap kereta
Wanita yang dipercayai mempunyai masalah mental maut selepas terjatuh dari tingkat atas sebuah flat sebelum menghempap sebuah kereta di Cheras di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 7.22 pagi selepas disedari orang awam yang berada di sekitar kawasan berkenaan.
“Sepasukan anggota dari Balai Polis Cheras yang ke lokasi kejadian menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta dengan cermin depannya pecah.
“Mangsa yang berusia 62 tahun dipercayai jatuh dari unit atas flat itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita berkenaan mempunyai masalah mental dan tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden itu.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Ketua Balai Polis Cheras Asisten Superintendan Mohd Redzuan Md Darus di talian 03-92050301 sambungan 302,” katanya. HM
Wanita jatuh flat hempap kereta
Baca Artikel Menarik :
- ‘Tengku Zafrul’ perdaya guru tadika, rugi RM4,200
- Uqasha: Buat umrah bukan untuk berseronok
- Akhirnya tersingkir, GV8 bukan pentas saya – Fazley Yaakob
- Bayar saman trafik di mesin ATM
- Tiada lagi selfie orang DAP dengan Mahathir, sindir Ronnie Liu
- Isu Nora Danish: Kebahagiaan tidak perlu diuar-uar dengan perkara maksiat
- Najib dikelilingi ‘Yes-men’ sorok kebenaran sehingga BN tumbang
- PRU 2018: Sabotaj di war room; di luar, BN bawa penyokong PH ke pusat undi
- Sedap Memang Sedap! Awas Punca Makanan Ini Mungkin Anda Hidapi Penyakit Berbahaya Seperti Kanser
- Saya tidak akan biar pegawai dan anggota saya ‘dibelasah’ – Ayob Khan
- Goreng ayam guna Ron97?
Layari Laman Facebook MYKMU</a