PM sifatkan Allahyarham Firdaus wira di hati Keluarga Malaysia
PM sifatkan Allahyarham Firdaus wira di hati Keluarga Malaysia
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga pegawai bomba, Mohd Firdaus Sulaiman yang meninggal dunia di Hospital Segamat, awal pagi ini.
Menerusi satu hantaran di Facebook beliau, Perdana Menteri menyifatkan Allahyarham sebagai wira di hati Keluarga Malaysia.
Mohd Firdaus cedera parah akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat, Sabtu lalu disahkan meninggal dunia awal pagi ini.
Menurut Ismail Sabri, pengorbanan dari seorang wira pastinya akan dikenang sampai bila-bila.
“Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham dan semoga tabah dalam dugaan yang dihadapi ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham,” menurut catatan itu.
Dua pegawai bomba, seorang anggota ERT kilang cedera akibat letupan kebakaran
Mohd Firdaus, 32, yang berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat sejak 2013 itu, meninggal dunia pada kira-kira pukul 4.10 pagi tadi akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Dalam kejadian pada pukul 5.15 pagi Sabtu lalu, Mohd Firdaus dan seorang anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang cedera parah manakala seorang lagi pegawai bomba melecur akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu.
Mohd Firdaus yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Zaitun, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan tengah hari tadi, meninggalkan seorang balu dan anak perempuan yang berusia tiga tahun.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan, anggota ERT kilang berkenaan meninggal dunia di Hospital Segamat, pukul 9.24 pagi tadi.
Dalam kejadian pada 5.15 pagi itu, Mohamad Azuraini Mahrani, 40, dan Mohd Firdaus cedera parah ketika operasi memadam kebakaran di kilang tersebut.
Mohd Firdaus meninggal dunia kira-kira pukul 4.10 pagi tadi di hospital sama.
Adik Mohamad Azuraini, Azizul Mahrani, 36, yang mengesahkan perkara itu berkata dia menerima berita kematian abangnya daripada pihak hospital pada 9.30 pagi tadi.
Dia yang kebetulan bercuti di kampungnya, di Felda Redong, dekat sini, berasa terkilan apabila hasrat mereka sekeluarga termasuk arwah untuk bercuti ke Selangor pada hujung minggu ini tidak kesampaian.
“Bagaimanapun kami reda menerima ketentuan ini dan jenazah abang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Redong selepas solat asar, hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Azizul berkata arwah yang telah bertugas di kilang itu selama 10 tahun, meninggalkan seorang isteri, Normala Sudirman, 40, dan tiga anak berusia antara lapan hingga 12 tahun. Utv
PM sifatkan Allahyarham Firdaus wira di hati Keluarga Malaysia
Baca Artikel Menarik :
- ‘Tengku Zafrul’ perdaya guru tadika, rugi RM4,200
- Uqasha: Buat umrah bukan untuk berseronok
- Akhirnya tersingkir, GV8 bukan pentas saya – Fazley Yaakob
- Bayar saman trafik di mesin ATM
- Tiada lagi selfie orang DAP dengan Mahathir, sindir Ronnie Liu
- Isu Nora Danish: Kebahagiaan tidak perlu diuar-uar dengan perkara maksiat
- Najib dikelilingi ‘Yes-men’ sorok kebenaran sehingga BN tumbang
- PRU 2018: Sabotaj di war room; di luar, BN bawa penyokong PH ke pusat undi
- Sedap Memang Sedap! Awas Punca Makanan Ini Mungkin Anda Hidapi Penyakit Berbahaya Seperti Kanser
- Saya tidak akan biar pegawai dan anggota saya ‘dibelasah’ – Ayob Khan
- Goreng ayam guna Ron97?
Layari Laman Facebook MYKMU</a