Hamzah tidak pernah hadir sidang, Rais kirim salam
Hamzah tidak pernah hadir sidang, Rais kirim salam
Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim hari ini menegur Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didapati tidak pernah hadir ke sidang Dewan Negara pada penggal ini.
Teguran itu dibuat Rais ketika menjemput Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin menjawab soalan jawab lisan.
“Saya nak komen sedikit sahaja, YB Menteri (Hamzah) tidak pernah datang ke Dewan (Negara). Sampaikan salam,” ujarnya.
Ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Isnin, Rais mendedahkan Hamzah tidak pernah hadir sejak Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas yang bermula 13 September lalu.
Tidak pernah hadir Dewan Negara, Rais Yatim ‘kirim salam’ kepada Hamzah Zainudin
“Saya perlu membuat teguran kerana berdasarkan Perlembagaan, beliau bertanggungjawab terhadap Parlimen, Saya perlu sampaikan perkara ini kepada Timbalannya,” kata Rais.
Jonathan dalam reaksinya berkata, “Saya akan sampaikan pesanan itu,” jawab Jonathan, secara ringkas.
Teguran berkenaan dibuat ketika Jonathan diminta menjawab soalan berkait penarafan warganegara Malaysia oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dibangkitkan oleh Senator Aziz Ariffin. Awani
Baca Artikel Menarik :
- ‘Tengku Zafrul’ perdaya guru tadika, rugi RM4,200
- Uqasha: Buat umrah bukan untuk berseronok
- Akhirnya tersingkir, GV8 bukan pentas saya – Fazley Yaakob
- Bayar saman trafik di mesin ATM
- Tiada lagi selfie orang DAP dengan Mahathir, sindir Ronnie Liu
- Isu Nora Danish: Kebahagiaan tidak perlu diuar-uar dengan perkara maksiat
- Najib dikelilingi ‘Yes-men’ sorok kebenaran sehingga BN tumbang
- PRU 2018: Sabotaj di war room; di luar, BN bawa penyokong PH ke pusat undi
- Sedap Memang Sedap! Awas Punca Makanan Ini Mungkin Anda Hidapi Penyakit Berbahaya Seperti Kanser
- Saya tidak akan biar pegawai dan anggota saya ‘dibelasah’ – Ayob Khan
- Goreng ayam guna Ron97?
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Nora Danish kena kecam main buih