Ringgit lemah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR – Nilai ringgit menyusut daripada kenaikan yang dicatat pada Khamis dan dibuka rendah berbanding dolar AS dalam situasi tindak balas bercampur-campur terhadap data pekerjaan AS, sekali gus telah mempengaruhi kehendak untuk dolar, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi Jumaat, mata wang tempatan susut kepada 4.2200/2230 berbanding dolar AS daripada 4.2150/2180 pada penutupan urus niaga Khamis.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, dolar AS masih terperangkap dalam pergerakan yang mendatar berbanding ringgit pada Jumaat.

“Data Tuntutan Pengangguran Awal menunjukkan bacaan terendah sejak 1969, dan angka ini yang seiring dengan objektif Rizab Persekutuan AS untuk mencapai guna tenaga penuh, boleh mengakhiri proses pengurangan lebih cepat daripada jangkaan dan ini juga boleh menyebabkan kenaikan kadar faedah pada 2022 untuk membendung kemajuan inflasi di AS.

“Peralihan pandangan daripada memihak kepada pertumbuhan ekonomi ini boleh menyokong ringgit meningkat lebih tinggi berbanding dolar dalam beberapa hari akan datang.

Beliau juga berkata dari sudut teknikal, jika harga berjaya menembusi paras 4.2400, ia boleh mencecah 4.2900.

“Sebaliknya, sekiranya ia mencecah paras 4.1930, ia boleh mencapai paras 4.1400 dalam tempoh beberapa hari ini,” tambah Diniz.

Mata wang tempatan lemah berbanding mata wang utama yang lain kecuali euro.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.7635/7669 daripada 4.7705/7739 pada Khamis.

Namun begitu, ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0909/0933 daripada 3.0897/0921 pada Khamis, lega berbanding yen Jepun kepada 3.7220/7246 daripada 3.7117/7174, dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.5772/5811 daripada 5.5655/5694. – Bernama

Ringgit lemah berbanding dolar AS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker