PDRM siap siaga ancaman pencerobohan Sabah

PDRM siap siaga ancaman pencerobohan Sabah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah adalah terkawal dan polis sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menangani sebarang ancaman di Sabah yang akan menggugat keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengambil langkah itu berikutan laporan media antarabangsa yang mendakwa terdapat pihak dari Filipina sedang merancang untuk menceroboh Sabah.

“Tindakan segera akan diambil bagi meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan pada tahap tertinggi di Sabah untuk menghadapi sebarang kemungkinan ancaman pencerobohan.

“Komitmen dalam perkara ini akan diberikan demi mengelak sebarang insiden pencerobohan berulang di negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Acryl Sani, beliau yakin hubungan baik yang dijalin dengan pihak berkuasa Filipina dalam aspek perkongsian maklumat risikan tidak akan membenarkan sebarang aktiviti yang boleh mengancam hubungan akrab serta keselamatan antara dua negara ini.

“Tiada pengesahan diterima mengenai pelan yang dimaksudkan dan ianya dipercayai merupakan maklumat yang telah dimanipulasi pihak-pihak yang mencemburui tahap keselamatan serta hubungan rapat negeri Sabah dengan wilayah selatan Filipina.

“Usaha akan digiatkan bagi mengesan dan mengenal pasti anasir-anasir di Sabah yang berkemungkinan terlibat dalam komplot berkenaan,” tambah beliau.

Jelasnya, sebarang usaha untuk menggugat keselamatan dan kedaulatan negara oleh mana-mana pihak akan diambil tindakan tegas.

Terdahulu, media antarabangsa South China Morning Post (SCMP) melaporkan wujud komplot oleh Tentera Diraja Sulu (RSA) untuk menyerang Sabah.

Laporan itu mendakwa terdapat satu pertemuan rahsia dalam kalangan 19 Datuk Bandar di Filipina bagi membincangkan pengambilan 600 tentera bersenjata untuk melakukan serangan yang dijangka pada sekitar Februari 2022, sebagai memperingati peristiwa Lahad Datu 2013. K Online

PDRM siap siaga ancaman pencerobohan Sabah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker