PrnSarawak: Ali Biju tak jadi bertanding

Sebaran :

PrnSarawak: Ali Biju tak jadi bertanding

Ahli Parlimen Bersatu, Ali Biju, yang menyertai pilihan raya negeri di Sarawak sebagai calon bebas mengumumkan menarik diri daripada persaingan itu hari ini.

Dia sebelum ini bertanding untuk mempertahankan kerusi Krian yang dimenanginya sejak 2011.

Dengan tindakan tersebut persaingan untuk mengisi kerusi DUN berkenaan kini menjadi pertembungan tiga penjuru.



“Justeru, saya dengan rendah hati dan niat yang tulus ikhlas menarik diri sebagai calon DUN N39 Krian dan memberi dukungan penuh kepada calon GPS, Friday Belik,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Untuk rekod asalnya ada empat calon menawarkan diri bertanding di kerusi Krian.

Selain Ali, tiga calon lain ialah Musa Dinggat (Parti Sarawak Bersatu), Danny Kuan (Parti Bumi Kenyalang) dan Friday Belik (GPS-Parti Demokratik Progresif Sarawak).

Dalam PRN ini Bersatu memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi merebut mana-mana 82 kerusi yang ada di Sarawak. Bersatu bersama Perikatan Nasional (PN) juga memberikan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak.



Turut mengambil sikap yang sama ialah BN.

Bagaimanapun salah satu parti komponen PN, PAS, meletakkan calonnya di Beting Maro.

Di sebalik persefahaman itu Ali – yang sebelum ini memenangi kerusi parlimen Saratok atas tiket PKR – mencalonkan dirinya untuk kerusi Krian.

Selain Ali, ada tiga lagi ahli Bersatu yang bertanding sebagai calon bebas pada 18 Dis ini iaitu Siki Balarik (ketua Bersatu Hulu Rajang) di kerusi Belaga, Ketua Bersatu Kota Samarahan, Ismawi Muhammad (Muara Tuang) dan Ricky Enteri (Bawang Assan).



Ia kemudian Ia kemudian mengundang rasa kurang senang GPS. Pengerusinya Abang Johari Openg, berkata apa yang berlaku itu jelas bertentangan dengan janji yang dibuat Bersatu.

“Sudah tentu saya kecewa. Terdapat persetujuan bahawa tiada (ahli) Bersatu akan bertanding dalam pilihan raya ini,” katanya semalam.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga memberi isyarat bahawa dia mengharapkan Bersatu mengambil tindakan terhadap ahlinya yang melanggar janji.

Kata Ali dia menawarkan diri sebagai calon Krian setelah mengambil kira pandangan dan desakan daripada pemimpin masyarakat dan pengundi DUN berkenaan.

“Sebagai wakil rakyat yang telah dipilih semenjak 2011, dukungan dan sokongan padu ini memperkukuh tekad saya untuk meneruskan khidmat demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi di Krian dan Saratok,” katanya.

Bagaimanapun, kata Ali dia sedar keputusan tersebut menjejaskan hubungan baik di antara Bersatu dan GPS.

Katanya, dia kemudian mendapat nasihat daripada pimpinan tertinggi Bersatu serta jaminan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, mengenai persefahaman kerangka besar politik nasional yang disepakati parti itu dengan GPS.

“Saya menyeru kepada seluruh pengundi di DUN Krian, DUN Kalaka dan DUN Kabong yang kesemuanya di bawah Parlimen Saratok untuk memberi dukungan yang padu kepada calon-calon GPS,” katanya. Mk

Adakah Ali Biju tak jadi bertanding kerana tak mahu dipecat Bersatu yang akan mengakibatkan hilang jawatan timbalan menteri?

PrnSarawak: Ali Biju tak jadi bertanding


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *