Tapis kandungan platform penstriman langsung

Tapis kandungan platform penstriman langsung

Seorang Ahli Parlimen PAS menggesa garis panduan dilaksanakan ke atas platform digital dan penstriman langsung yang menawarkan filem dan program televisyen, selepas mendakwa ada pihak yang mahu “menormalisasikan” budaya LGBT di negara ini.

Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu), berkata berdasarkan kajian, anak muda terbabit dalam aktiviti samseng disebabkan pengaruh filem ditonton mereka yang memaparkan aksi negatif.

“Begitu juga dengan isu perzinaan yang berlaku akibat terangsang daripada aksi-aksi lucah di televisyen.

“Selain itu, unsur LGBT juga diserap sehinggakan sesetengah pihak cuba menormalisasikan budaya berkenaan dalam minda masyarakat,” katanya di Dewan Rakyat.

Oleh itu, beliau menggesa semua kandungan disiarkan dalam platform digital dan penstriman langsung ditapis untuk mengawal kandungan yang boleh diakses anak muda dan masyarakat perlu dididik dengan nilai positif melalui langkah sedemikian. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Tapis kandungan platform penstriman langsung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker