Minta rokok dan duit,warga emas dibelasah dengan cangkul
Minta rokok dan duit,warga emas dibelasah dengan cangkul
Seorang warga emas maut selepas dipercayai dipukul dengan batang cangkul dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Abi Tok Hashim, kira-kira 10 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar, Wari Kiew, berkata mangsa Yeen Baai, 72, ditemui terbaring di hadapan pintu bilik rumah itu oleh adiknya yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa.
Wari berkata, selepas kejadian bunuh itu, adik mangsa didatangi seorang lelaki berusia 34 tahun yang dikenalinya.
“Adik mangsa memberitahu polis bahawa suspek yang dipercayai dalam keadaan mabuk ketika itu telah meminta untuk melihat keadaan mangsa kerana kepalanya berdarah.
“Saksi bersama lelaki itu kemudian pergi ke rumah mangsa yang jaraknya lebih kurang 30m dan memasuki rumah itu sebelum menemui mangsa terbaring dengan kesan darah di bahagian kepala,” katanya.
Beliau berkata, saksi turut melihat serpihan sebatang cangkul yang telah patah di sisi mangsa sebelum menghubungi polis.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersendirian di rumah itu dan kerap didatangi suspek yang ingin meminta rokok daripadanya.
“Mangsa akan melayan suspek dan membenarkan suspek masuk ke rumah dan menghisap rokok bersama. Punca kejadian dipercayai disebabkan isu meminta rokok dan duit oleh suspek,” katanya.
Wari berkata, suspek yang juga penganggur ditahan tidak lama selepas itu dan mengakui terlibat dalam kejadian berkenaan.
“Suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau direman enam hari bermula hari ini,” katanya. FMT
Minta rokok dan duit,warga emas dibelasah dengan cangkul
Baca Artikel Menarik :
- Saya bersumpah atas nama Allah – Najib
- Pasukan Khas siasat buku Tommy Thomas
- Drama bertama gay, keluarga Danish serah pada peguam
- Di Malaysia pecah rumah, di Indonesia rompak bank
- Dah macam budak suruhan PPBM
- Kanser Elyana sudah hilang
- Pembunuhan karakter bukan pembunuh biasa-biasa
- Sikap Pas akan memenangkan UMNO
- Ahmad Fadhli, belajarlah hormati UMNO
- Abang polis pun kena (Video)
- Juruterbang rakam kelibat 12 UFO
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.