Warganet kembang tekak tengok tikus di Restoran Teppanyaki dalam pusat beli-belah
PETALING JAYA: Warganet meluahkan perasaan tidak senang melihat gambar yang dimuat naik di laman media sosial Twitter memaparkan dua ekor tikus berkeliaran di dalam dapur sebuah restoran pusat beli belah, di ibu negara.
Seorang pengguna media sosial tersebut, Azwin Shafinaz memohon pihak pengurusan bersikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan restoran mereka, kerana kehadiran haiwan tersebut mampu membawa padah kepada individu-individu yang sedang menjamu selera.
Dakwanya, perbuatan pengurusan yang hanya tertawa melihat tikus tersebut adalah sesuatu tidak wajar dilakukan kerana mereka seharusnya menghalaunya dan membersihkan dapur mereka.
“Jangan ambil mudah akan perkara ini! Kencing tikus mampu menyebabkan manusia mati. Lebih menjijikan hal ini berlaku di dalam waktu perkhidmatan.
“Dia dah bagitahu kakitangan tentang tikus berkeliaran dalam dapur mereka, tapi apa yang mereka buat? Mereka tenung dan gelak sahaja! Tak menghalau binatang tersebut atau tutup kedai! Tapi hanya gelak,” ciapnya di laman Twitter.
Rata-rata pengguna Twitter yang melihat ciapan tersebut meluahkan perasaan geli melihat keadaan dapur tersebut dan berharap ada agensi berkuasa menyiasat isu itu supaya ada tindakan diambil.
“Tak mustahil tikus ni pernah duduk dalam alat perkakasan masakan kedai ni. Ingat semua, semahal mana kedai tu kebersihan belum tentu bersih. Pilihan di tangan korang, poket sendiri,” ciap mhdazmnrlsn.
“Baru cakap craving teppanyaki sekarang tengok rasa mual. S#it, I studied culinary arts for 4years and all the syllabus i’ve learned are always emphasize about hygiene and safety. Tapi ni apa nyahhhh,” ciap Aicashaa.
“Lapor DBKL la kak. dorang boleh tutup kedai tu immediately. they will go through process cleaning dulu baru boleh buka balik,” ciap nur4z. – UTUSAN ONLINE
Warganet kembang tekak tengok tikus di Restoran Teppanyaki dalam pusat beli-belah
Baca Artikel Menarik:
- Mahathir kata individu minta RM100,000 untuk jumpa menteri’ pada waktu beliau jadi PM kali kedua
- Mahathir dedahkan Tony Pua angkuh, berlagak macam menteri
- Sanusi loklak, Puad pula ada di planet mana?
- Pendaki gunung jumpa harta karun di Mont Blanc
- Drama gay tampil pelakon Islam, JAKIM mahu rujuk SKMM
- Iqbal kecam Vida, nak naikkan gaji RM200 pun sampai bergaduh
- Ingat, Ismail pernah jual ikan di pasar pagi Temerloh
- Propaganda menipu berhubung Kampung Baru
- Model Ukraine jalin hubungan sulit dengan Putera Arab Saudi?
- Akibat kecewa, lelaki sebar video seksnya bersama bekas isteri
- Chanel ‘Koyak’ Dengan Pengguna TikTok Selepas Kalendar Berharga RM3,490 Dikecam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
[Video] Datuk Samseng Pukul Pelanggan dan Pelayan Restoren Akhirnya Direman
You must be logged in to post a comment.