Kerajaan sasar 80,000 rumah untuk warga Wilayah Persekutuan – Ismail

Sebaran :

Kerajaan sasar 80,000 rumah untuk warga Wilayah Persekutuan – Ismail

Sejumlah 80,000 unit rumah disasarkan untuk disediakan dalam tempoh 10 tahun sehingga 2028 dengan sasaran 8,000 unit setahun bawah program Residensi Wilayah Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata, sehubungan itu beliau meminta Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya memastikan sasaran ditetapkan dapat dicapai dengan kerjasama pemaju swasta kerana ia adalah penting untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda 2030, kerajaan komited menyediakan perumahan mampu milik yang selesa kepada semua golongan Keluarga Malaysia termasuk yang berpendapatan sederhana rendah atau M40,” katanya berucap pada majlis penyerahan kunci Residensi Kuchaimas.



Beliau berkata, sehingga bulan lalu, sebanyak 62,836 unit rumah melibatkan 102 projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia yang telah mendapat kelulusan untuk pembinaan di seluruh Wilayah Persekutuan.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 95 projek terletak di Kuala Lumpur, tiga di Putrajaya dan empat di Labuan.

Perdana Menteri berkata, melalui inisiatif Residensi Wilayah Keluarga Malaysia, tumpuan adalah di kawasan pesat membangun walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran nilai hartanah yang semakin tinggi.

“Ia bertujuan merealisasikan impian warga Wilayah Persekutuan untuk memiliki kediaman sendiri dengan persekitaran yang selesa dan kondusif. Apa yang menjadi keutamaan adalah harga rumah tersebut berpatutan dan mampu milik,” katanya.



Mengenai Residensi Kuchaimas itu, Ismail berkata projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia di atas tanah berkeluasan 0.64 hektar tersebut menggambarkan keterangkuman Keluarga Malaysia dengan 60.3% daripada penduduknya adalah Bumiputera, Cina (37.4%) dan India (2.3%).

“Saya yakin komuniti Residensi Kuchaimas akan meraikan persamaan dan perbezaan berdasarkan nilai-nilai dan ciri-ciri Keluarga Malaysia.

Saya amat menghargai komitmen dan dedikasi pemaju dalam menjayakan program ini yang membantu merealisasikan aspirasi kerajaan menyediakan rumah mampu milik untuk warga Wilayah Persekutuan,” katanya.

Residensi Kuchaimas adalah satu projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia yang dibina di atas tanah berkeluasan 0.64 hektar, dibina setinggi 49 tingkat mempunyai 478 unit dijual pada harga RM198,000 setiap unit dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik mandi dan satu letak letak kereta berbumbung.



Residensi itu juga menawarkan pelbagai kemudahan komuniti seperti ruang taska, tempat rekreasi, bilik permainan, ruang kedai dan surau serta berdekatan dengan sekolah. FMT

Kerajaan sasar 80,000 rumah untuk warga Wilayah Persekutuan – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *