MN menuju ke arah penceraian

Sebaran :

KANGAR: Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan Pas yang diasaskan pada 2019 dilihat seperti menuju ke arah penceraian dan tampak sukar diterjemahkan dalam bentuk kerjasama sebenar daripada Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Azlan Man berkata, bagaimanapun belum ada keputusan muktamad daripada kepemimpinan mengenai sejauh mana MN boleh dipertahan atau sebaliknya.

Katanya, jika dilihat yang sering mengatakan MN sudah tidak ada adalah Pas termasuk menuduh UMNO tidak menepati piagam.

Ujarnya, Pas yang sering membangkitkan tidak mahu bersama MN bukannya UMNO.



“Tuduhan bahawa UMNO melanggar piagam MN adalah tidak betul. Kalau kita lihat, pelanggaran bermula daripada Pas sendiri dengan bermula kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (menerusi Perikatan Nasional).

“Kita tidak pernah mendaftar menyertai PN sebaliknya Pas sendiri daftar dan adalah lagi beberapa keputusan mesyuarat tertinggi yang langsung tidak menjurus bahawa UMNO itu dilihat melanggar piagam (MN).

“Daripada segi retoriknya, saya nampak (MN) seperti kita menuju ke arah penceraianlah. Tapi tidak ada keputusan muktamad. Nampak MN itu mungkin tidak dapat diterjermah di dalam kerjasama sebenar dari Pas,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pas Selangor komited kekal pertahan Muafakat Nasional

Baru-baru ini Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa parti itu menolak gagasan MN kerana UMNO tidak mengikut piagam untuk turut menerima parti-parti lain termasuk Parti Bersatu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di dalamnya.



Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai tersasar memandangkan matlamat penubuhan MN tidak menyebut Bersatu perlu menjadi sebahagian daripadanya.

Tambah Azlan yang juga Menteri Besar, sehingga hari ini, belum ada lagi keputusan yang dibuat kepemimpinan parti sama ada MN sudah berakhir atau sebaliknya.

Ujarnya, melihat kepada situasi semasa, UMNO dilihat perlu mencari jalan terbaik yang memberi kelebihan dan kebaikan kepada parti itu.

“Sebagaimana kita bergerak solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka namun situasi di Melaka tidak boleh jadi ukuran di peringkat nasional. Apa pun keputusan adalah yang boleh memberi kelebihan dan kebaikan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya. – UTUSAN ONLINE



MN menuju ke arah penceraian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *