Covid-19: 38 lagi kematian, jumlah korban 30,652

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 38 kematian baru akibat Covid-19 semalam (6 Dis), menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 30,652.

Daripada jumlah kematian baru dilaporkan semalam, 21.1 peratus atau 8 orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 930 kematian bagi setiap satu juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sebanyak enam kematian, atau 15.8 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Perak mencatatkan lima kematian diikuti Kedah (4), Kelantan (4), Terengganu (4), Kuala Lumpur (4), Pahang (3), Sabah (3), Melaka (2), Johor (1) , Negeri Sembilan (1) dan Sarawak (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 37 daripada 38 kematian yang dilaporkan, atau 97.4 peratus, berlaku dalam tujuh hari lalu.

Kes kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 47 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari sebanyak 40 kematian, yang menunjukkan penurunan.

Setakat semalam, terdapat 60,329 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 7.9 peratus daripada 65,497 kes aktif sejak seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 7.9 peratus daripada 65,507 kes

Covid-19: 38 lagi kematian, jumlah korban 30,652


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker