2 Marshal ‘Poyo’ berlagak polis akhirnya ditahan
PORT DICKSON: Dua lelaki termasuk seorang berpangkat Datuk yang dipercayai terlibat dalam rakaman aksi marshal seperti yang tular dalam sebuah video di Facebook Ahad lalu, ditahan ketika menyerah diri di Balai Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kedua-dua mereka yang berusia 45 dan 49 tahun itu hadir ke balai polis, masing-masing pada pukul 12.45 tengah hari dan 2.30 petang.
“Salah seorang berpangkat Datuk adalah ahli perniagaan dan seorang ejen insuran telah hadir ke balai trafik sejurus selepas mengetahui aksi mereka yang dirakam telah ditularkan secara meluas di media sosial.
“Pihak polis telah menahan kedua-dua lelaki sebaik mereka menyerah diri di Balai Polis Trafik Port Dickson,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Aidi Sham, polis turut merampas dua buah motosikal berkuasa tinggi dan beberapa barangan milik individu yang digunakan kedua-dua marsyal berkenaan seperti yang dirakam.
“Kami masih menjalankan siasatan lanjut secara menyeluruh terhadap kedua-dua lelaki ini jika wujud lain-lain kesalahan,” katanya.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal dengan memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaannya seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial Facebook pada Ahad lalu.
Video berdurasi tiga minit itu memaparkan tindakan marsyal itu bagi membolehkan sekumpulan motosikal berkuasa tinggi melalui sebuah jalan di sini.
Dalam rakaman tersebut, dipercayai konvoi motosikal itu bergerak dari arah Kuala Sungai Baru, Alor Gajah di Melaka melepasi kawasan Jalan Tanjung Agas, Pasir Panjang, dekat sini.
Siasatan dijalankan bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967, Sekyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (halangan lalulintas) dan Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59(Kaedah 12(3)(A) – (Kesalahan di garisan berkembar). – UTUSAN ONLINE
2 Marshal ‘Poyo’ berlagak polis akhirnya ditahan
Baca Artikel Menarik:
- Mahathir kata individu minta RM100,000 untuk jumpa menteri’ pada waktu beliau jadi PM kali kedua
- Mahathir dedahkan Tony Pua angkuh, berlagak macam menteri
- Sanusi loklak, Puad pula ada di planet mana?
- Pendaki gunung jumpa harta karun di Mont Blanc
- Drama gay tampil pelakon Islam, JAKIM mahu rujuk SKMM
- Iqbal kecam Vida, nak naikkan gaji RM200 pun sampai bergaduh
- Ingat, Ismail pernah jual ikan di pasar pagi Temerloh
- Propaganda menipu berhubung Kampung Baru
- Model Ukraine jalin hubungan sulit dengan Putera Arab Saudi?
- Akibat kecewa, lelaki sebar video seksnya bersama bekas isteri
- Chanel ‘Koyak’ Dengan Pengguna TikTok Selepas Kalendar Berharga RM3,490 Dikecam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Marsyal motosikal jangan ‘poyo’ berlagak macam polis