Mengapa Mahathir, Muhyiddin bisu mengenai dakwaan suami Zeti terima dana 1MDB
Mengapa Mahathir, Muhyiddin bisu mengenai dakwaan suami Zeti terima dana 1MDB
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi mempersoal Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin sekadar “membisu” berhubung dana berkaitan 1MDB diperoleh semula dari Singapura yang disimpan syarikat milik suami Zeti Akhtar Aziz pada 2019.
Katanya sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada dua bekas Perdana Menteri itu berhubung perkara terbabit.
“Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar kata kerajaan tahu kes Tawfiq Ayman, suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz pada tahun 2019. Ketika itu Mahathir adalah Perdana Menteri dan Muhyiddin Menteri Dalam Negeri.
“Maka siapa merosakkan reputasi sistem keadilan di Malaysia? Tun M lantik Zeti jadi Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Muhyiddin mengekalkannya kerana Zeti bersara pada bulan April 2021,” katanya di Facebook.
Beliau berkata, perkara itu turut menyebabkan nama baik Bank Negara terjejas apabila maklumat Singapura kepada BNM tahun 2015 disorokkan.
“Apa Mahathir dan Muhyiddin buat setelah mengetahuinya?”
Beliau berkata, Mahathir dan Muhyiddin sering memainkan modal menentang kleptokrasi, namun hanya membisu dalam kes membabitkan Zeti itu.
“Di Pilihan Raya Negeri Melaka, rakyat menolak momokan ‘kleptoktasi’. Mereka lebih nampak perkataan lain seperti bohong, dendam dan fitnah. Masih membisu juga? Memang hipokrit,” katanya.
Sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik suami kepada Zeti.
SPRM memaklumkan sehingga kini ia berjaya mendapatkan semula aset dan dana berkaitan 1MDB membabitkan nilai RM20.5 bilion, termasuk pemulangan semula aset bernilai USD15.4 juta (RM64.4 juta) melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd, dikatakan milik Tawfiq dan Samuel Goh.
Tawfiq yang juga menjadi saksi pendakwaan kes 1MDB terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak, sebelum ini disoal siasat polis berhubung kaitannya dengan dana 1MDB, namun tiada perkembangan baharu berkenaan siasatan itu dilaporkan. FMT
Mengapa Mahathir, Muhyiddin bisu mengenai dakwaan suami Zeti terima dana 1MDB
Baca Artikel Menarik :
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU