Isu Kampung Baru: Di mana Rina, tanya Syed Badli Shah
Bekas anggota Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) menggesa Ahli Parlimen Titiwangsa, Rina Harun, memberikan penjelasan mengapa dia tidak bersuara mengenai isu penduduk di kawasannya.
Menurut Syed Badli Shah Syed Osman beberapa hari lalu lebih 100 penduduk Kampung Sungai Baru di Kamping baru menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan pembangunan semula kawasan terbabit.
Katanya, penduduk terbabit terpaksa menggunakan wadah lain – termasuk media – untuk menyuarakan bantahan mereka kerana Rina didakwa bersikap lepas tangan.
“Rina bukan saja gagal menyantuni masalah penduduk terbabit, malahan dia sudah sekian lama menghilang dan tidak mengambil tahu perihal masalah kawasannya,” kata Syed Badli Shah.
Dia yang juga bekas naib ketua Pemuda PKR menambah bantahan berkenaan sebenarnya suatu petanda bahawa Rina gagal menyantuni masalah rakyat di kawasan yang diwakilinya sendiri.
Baru-baru ini 110 penduduk Kampung Sungai Baru tampil membantah rancangan untuk memindahkan mereka ke kawasan lain sebagai langkah memajukan Kampung Baru.
Pengerusi Persatuan Komuniti Sungai Baru, Syed Salehuddin Syed Abdullah, pada 4 Dis lalu mendakwa mereka tidak dapat berpindah ke tempat baru kerana diberikan pampasan kurang daripada RM250,000.
Katanya, perjanjian yang ditawarkan kepada penduduk juga dilihat berat sebelah dengan menguntungkan pemaju.
Justeru katanya kerajaan wajar campur tangan bagi menyelesaikan kerumitan dialami mereka.
Difahamkan, selepas penilaian penduduk rumah Flat PKNS itu mendapat pampasan antara RM200,000 hingga RM250,000.
Rina yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memenangi kerusi parlimen Titiwangsa pada 2018 dalam PRU yang menyaksikan Pakatan Harapan menguasai Putrajaya dan sebahagian besar negeri di seluruh Malaysia.
Bagaimanapun ketua Wanita Bersatu itu menyertai gerakan Langkah Sheraton yang menyebabkan jatuhnya kerajaan PH.
Syed Badli Shah mendakwa Rina gagal membela nasib penduduk di kawasan Titiwangsa ketika dia sepatutnya berperanan mencari penyelesaian terbaik kepada mereka.
“Justeru saya menggesa untuk tampil segera memberikan penjelasan atau isytiharkan saja perletakan jawatannya sebagai ahli parlimen,” katanya.
Isu Kampung Baru: Di mana Rina, tanya Syed Badli Shah
Baca Artikel Menarik:
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mengapa Mahathir, Muhyiddin bisu mengenai dakwaan suami Zeti terima dana 1MDB
You must be logged in to post a comment.