Cukuplah politik benci – Azalina pertahan MP DAP isu pakai tudung
Cukuplah politik benci – Azalina pertahan MP DAP isu pakai tudung
Penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia kepada perdana menteri Azalina Othman Said mempertahankan Ahli Parlimen Segambut DAP, Hannah Yeoh yang dikritik kerana bertudung di masjid ketika bertemu penduduk baru-baru ini.
Azalina berkata Yeoh telah bertindak berdasarkan peranannya sebagai wakil rakyat.
“YB @hannahyeoh melakukan apa yang akan dilakukan oleh mana-mana ahli parlimen yang bertanggungjawab dan profesional, iaitu berkhidmat di kawasannya dan menghormati tatasusila masjid,” kata ahli parlimen Pengerang itu pada ciapan di Twitter.
Mesej Azalina nampaknya diterima baik, dengan ramai warganet bersetuju, menyebut kenyataan itu merentasi persaingan politik antara Umno dan DAP.
Ahli parlimen Umno itu juga membidas pihak yang berkeras untuk melihat isu itu melalui kaca mata kaum atau agama.
“Selepas 64 tahun Merdeka, adakah kita tidak malu untuk masih menggunakan politik kebencian menggunakan kaum dan agama? Cukup lah,” tegasnya.
Walaupun Azalina tidak menyebut sebarang nama, antara pengkritik Yeoh termasuk bekas pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hao, yang menyoal sekiranya cara berpakaian itu cuma sekadar gimik politik dangkal untuk memenangi sokongan pengundi Melayu.
Boo berhujah ‘tindakan berlebihan untuk cuba mengambil hati’ pengundi Melayu akan dilihat sebagai ‘menunjuk-nunjuk’ dan DAP tidak seharusnya menampilkan identiti yang bukan parti mereka, sambil menyampaikan ideologi mereka dengan cara yang boleh dikaitkan dengan semua rakyat Malaysia.
Ketika dihubungi berhubung kontroversi dirinya memakai tudung itu, Yeoh sebelum ini berkata sebagai parti berbilang kaum, cara berpakaian ketika menghadiri majlis atau tempat keagamaan merupakan tanda penghormatan.
Dia berkata bertudung di masjid juga tidak akan menjejaskan anutan kepercayaan Kristian atau identiti kaumnya.
Awal hari ini, Yeoh menekankan kepentingan untuk suara Malaysia yang sederhana dan menghormati kemajmukan masyarakat. Mk
Cukuplah politik benci – Azalina pertahan MP DAP isu pakai tudung
Baca Artikel Menarik :
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.