PRN Sarawak: Pemimpin parti tertinggi sahaja dibenar ke Sarawak – SPR
PRN Sarawak: Pemimpin parti tertinggi sahaja dibenar ke Sarawak – SPR
Hanya lima pemimpin tertinggi daripada parti bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak dibenarkan ke negeri itu untuk berkempen, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Katanya, senarai pemimpin yang akan ke negeri itu perlu diserahkan kepada Jawatan Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN).
Dalam prosedur operasi standard (SOP) berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dikeluarkan hari ini, SPR turut melarang ceramah diadakan, kecuali di kawasan yang tiada akses internet.
SPR berkata, sebarang perjalanan rentas negeri bagi tujuan kempen sempena PRN Sarawak tidak dibenarkan.
“Rentas negeri tidak dibenarkan untuk tujuan berkempen sepanjang tempoh pilihan raya kecuali lima orang pemimpin tertinggi parti politik bertanding. Nama-nama pemimpin tertinggi parti hendaklah dikemukakan kepada JPBN Sarawak,” katanya.
“Calon digalakkan menggunakan aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Wechat, Snapchat, Whatsapp, Telegram dan lain-lain aplikasi sebagai alat untuk menyampaikan kempen,” katanya.
SPR berkata, aktiviti mesyuarat parti dibenarkan hanya kepada individu yang telah lengkap menerima vaksin tertakluk kepada 50% kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal, selain kekerapan mesyuarat parti hanya dibenarkan tidak melebihi empat kali dalam seminggu dan tidak lebih dari tempoh 2 jam.
Dalam SOP itu, SPR membenarkan aktiviti kempen melalui kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara atau alat-alat multimedia pada waktu yang ditetapkan dalam permit.
“Calon dan petugas parti perlu membuat Ujian RTK Ag kendiri sebelum membuat edaran risalah atau bahan kempen. Ujian tersebut hendaklah dibuat di bilik gerakan parti, calon dan perlu direkodkan dalam MySejahtera atau dicatat dalam buku.
“Edaran risalah atau bahan kempen oleh parti bertanding dibenarkan dengan perlu dibuat di hadapan rumah atau di ruai rumah panjang sahaja. Calon atau petugas parti tidak dibenar masuk ke dalam rumah/ bilik di rumah panjang,” katanya.
Katanya, SPR juga memberi kebenaran hanya satu bilik gerakan utama dan maksimum lima bilik gerakan kecil dibenarkan untuk beroperasi bagi satu kawasan DUN.
SPR menetapkan 18 Dis sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak, manakala penamaan calon pula pada 6 Dis dan undi awal ditetapkan pada 14 Dis. FMT
PRN Sarawak: Pemimpin parti tertinggi sahaja dibenar ke Sarawak – SPR
Baca Artikel Menarik :
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.