Lim dangkal, pak turut Mahathir – Boo Cheng
Lim dangkal, pak turut Mahathir – Boo Cheng
Bekas pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau membidas setiausaha agung parti Lim Guan Eng selepas diberitahu supaya tidak perlu mengajar wanita apa perlu dipakai
Terdahulu, Lim menyifatkan Boo ‘taasub’ terhadap pakaian pemimpin wanita DAP ketika melawat masjid atau tempat ibadat.
Boo, yang mengkritik Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang bertudung di masjid, berkata bahawa “gimik politik dangkal” dan berlebih-lebihan demi untuk mendapakan sokongan kumpulan etnik hanya akan membawa keuntungan sementara.
“Soalan anda (Lim) tentang mengulas pakaian wanita juga tidak relevan.
“Maksud yang tepat ialah kita tidak seharusnya menggunakan pakaian sebagai cara meraih sokongan politik.
“Jika Liew Chin Tong berpakaian seperti ulama untuk pergi ke masjid bagi mendapatkan sokongan undi, saya fikir ia mungkin dianggap untuk meraih (sokongan) politik dan mungkin tidak membuahkan apa-apa hasil positif terhadap DAP,” katanya malam tadi pada catatan Facebook yang ditujukan kepada Lim.
Baru-baru ini, Boo membidas pakaian Yeoh pada hari terbuka masjid di kawasannya dalam perbualan kumpulan WhatsApp DAP Johor yang bocor.
“Mungkin semua wakil wanita kita harus memakai tudung bukan sahaja di masjid tetapi di seluruh tempat seperti di pasar awam, gereja, sekolah dan sebagainya.
“Lebih bagus, semua orang perlu memeluk Islam. Kemudian kita akan pasti memenangi Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Apa kata anda semua,” soalnya pada perbualan itu.
Boo mempertahankan kenyataannya ketika bercakap kepada Malaysiakini, berkata walaupun sensitiviti budaya adalah penting, DAP mesti melampaui cara “dangkal” dalam mendekati masyarakat Melayu, sambil berlaku adil kepada semua masyarakat.
Berikutan itu, Lim membela Yeoh dan menempelak Boo, berkata bekas Adun Skudai itu tidak sepatutnya bertindak seperti “pelampau PAS”.
Berpegang pada pandangannya, Boo (gambar, bawah) berkata semasa menjadi pengerusi DAP Johor, bahagian negeri telah menyumbangkan dananya sendiri kepada sekolah vernakular dan sekolah agama tanpa perlu mengenakan pakaian tertentu.
“Saya tidak perlu memakai tudung kepala dan pakaian agama untuk menyedapkan hati sesiapa. Saya pergi hanya dengan hati yang ikhlas untuk membantu setiap masyarakat terutama keperluan sosial dan pendidikan mereka.
“Saya percaya seseorang boleh memenangi lebih banyak sokongan jika dia membantu orang lain dengan ikhlas, dan membantu semua masyarakat secara adil,” katanya.
“Kita tidak boleh dilihat terlalu menggembirakan kumpulan tertentu sambil mengabaikan yang lain,” katanya lai.
Boo mendakwa masyarakat Cina, misalnya, masih marah kepada Lim kerana tindakannya semasa menjadi menteri kewangan.
“Setiausaha agung yang dihormati, diri anda yang baik masih belum memahami mengapa masyarakat Cina masih tidak dapat menerima keengganan anda untuk memperuntukkan dana kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) semasa anda menjadi menteri kewangan.
“Masyarakat Cina telah kecewa dengan anda kerana meletakkan sikap kepartian lebih tinggi berbanding pendidikan dan kerana menjadi seorang ‘pak turut’ kepada Dr Mahatir Mohamad,” katanya.
Kerajaan Pakatan Harapan secara drastik mengurangkan dana untuk TAR UC milik MCA atas alasan dana awam tidak sepatutnya digunakan untuk entiti berkaitan politik.
MCA menggunakan isu itu untuk menuduh PH, DAP, dan Lim menghalang pendidikan tinggi untuk belia Cina.
Selanjutnya, Boo berkata DAP mesti berpegang pada prinsipnya untuk mewujudkan Malaysia yang adil dan saksama dengan melayan semua kumpulan etnik dan sosial secara sama rata.
“Jika kita boleh mencapainya, kita akan memenangi hati orang pada bila-bila masa dari sekarang. Jika kita cuba menjadi apa yang kita bukan dengan terlalu menyedapkan hati sesiapa, itu sebenarnya tidak produktif kepada parti.
“Ini hanya pendapat saya yang ikhlas dan rendah hati. Terima kasih atas kerjasama dan kesabaran anda untuk mendengar,” katanya. Mk
Lim dangkal, pak turut Mahathir – Boo Cheng
Baca Artikel Menarik :
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.