Kanak-kanak dikhuatiri maut dibaham buaya
LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri maut dibaham buaya di laut berhampiran Kampung Sinakut Felda Sahabat 16, di sini, pada Sabtu.
Difahamkan, mangsa Mohammad Zolarian Abdullah disedari hilang oleh rakannya ketika mereka sedang mandi di kawasan laut kampung berkenaan.
Kejadian kemudian dilaporkan kepada pihak bomba pada jam 7.18 malam selepas mangsa tidak ditemui oleh penduduk kampung.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, lokasi kejadian terletak kira-kira 100 kilometer dari balai bomba berkenaan.
“Pemanggil memaklumkan terdapat seorang mangsa hilang di laut ketika sedang mandi dan menurut saksi yang juga rakan mangsa mengatakan mangsa dipercayai dibaham buaya.
“Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat dilakukan bermula hari ini (Ahad) pada jam 7.40 pagi ke lokasi kejadian bersama empat anggota bomba BBP Lahad Datu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Ahad.
Katanya lagi, pencarian dilakukan di sekitar pantai iaitu seluas 10 kilometer dari lokasi kejadian.
“Bagaimanapun, sehingga jam 2 petang, belum terdapat sebarang tanda positif penemuan mangsa dan keadaan ketika ini hujan serta berangin,” katanya.
Kanak-kanak dikhuatiri maut dibaham buaya
Baca Artikel Menarik:
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU.NET