China, Laos rasmi laluan kereta api sejauh 1,000 kilometer

BEIJING – Sebuah laluan kereta api yang menghubungkan antara China dan Laos dirasmikan kelmarin sebagai sebahagian daripada Jalur dan Laluan  antara kedua-dua negara, lapor laman berita Wion News.

Landasan kereta api sepanjang 1,000 kilometer menghubungkan bandar Kunming di China dengan ibu kota Laos, Vientiane itu menelan belanja AS$6 bilion (RM25.386 bilion) untuk dibina.

Dalam  majlis perasmian secara maya yang dihadiri oleh Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith, Jinping berkata, kedua-dua  negara itu kini berada  pada ‘titik permulaan sejarah baharu’.

‘’China bersedia untuk mengukuhkan komunikasi strategik dengan Laos, mempromosikan pembangunan berkualiti tinggi menerusi Inisiatif Jalur dan Laluan  dan terus membina komuniti China-Laos yang tidak boleh dipisahkan menerusi  masa depan yang dikongsi bersama,’’ katanya.

China turut berharap untuk mengembangkan laluan kereta api itu melalui Thailand dan Malaysia menuju ke Singapura.

Laluan itu dibina oleh sebuah syarikat milik pemerintah  China dengan Beijing memiliki 70 peratus kepentingan dalam projek tersebut.

Menurut  agensi berita Xinhua, terdapat berbilang terowong dan jambatan sepanjang landasan kereta api  itu dengan nisbah 87 peratus di kawasan China dan 63 peratus lagi di wilayah Laos.

Antaranya termasuk  Jambatan Ban Ladhan Mekong, Jambatan Luang Prabang Mekong, Terowong Ban Sen No. 2 dan Terowong Ban Nakok.

Bagaimanapun, ahli-ahli  ekonomi sebelum ini memberi  amaran bahawa projek ini akan menyukarkan Laos untuk membayar balik hutang luar negaranya. –  Agensi

China, Laos rasmi laluan kereta api sejauh 1,000 kilometer


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Miss you Lil. Love you’ – TMJ

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker