Dasar 1% peluang kerja OKU jadi KPI semua kementerian sebelum akhir 2022 – Ismail

Dasar 1% peluang kerja OKU jadi KPI semua kementerian sebelum akhir 2022 – Ismail

Kerajaan menetapkan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dijadikan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi semua kementerian dan perlu dicapai pada penghujung tahun 2022, kata Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata penetapan ini adalah berikutan dasar berkenaan belum lagi mencapai sasaran setakat ini.

“Di dalam Bajet 2022 menyediakan peluang untuk anak muda OKU dilantik menerusi skim MySTEP (Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia) dengan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 dalam syarikat berkaitan kerajaan mulai Jan 2022.

“Azam dan usaha ini sekali gus membantu mempercepatkan Dasar 1% OKU dalam sektor awam tercapai,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Malam Kasih OKU Keluarga Malaysia sempena Hari OKU Sedunia Peringkat Kebangsaan di sini malam ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan tidak pernah sesekali meminggirkan golongan OKU, malah sentiasa mengiktiraf peranan dan kepentingan mereka terutamanya dalam agenda Keluarga Malaysia.

Kerajaan, katanya, menyedari dalam tempoh hampir dua tahun ini seluruh rakyat terbeban dengan ancaman pandemik Covid-19 dan golongan OKU merupakan antara kelompok yang sangat terkesan akibat wabak itu.

Justeru, selain menyeru OKU bersiap siaga untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ke arah fasa endemik, kerajaan katanya akan sentiasa membantu dan menyokong agar golongan ini terus kental, berdaya tahan dan bersifat anjal bagi menyesuaikan diri dengan cara hidup norma baharu.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 lebih banyak peluang ekonomi disediakan kepada OKU melalui pelbagai platform termasuk ekonomi perkongsian dan ekonomi digital,” katanya

Beliau berkata KPWKM serta agensi terlibat perlu memastikan setiap ringgit yang diperuntukkan dalam Bajet 2022 untuk keperluan OKU dibelanjakan dengan optimum.

“Isu-isu berbangkit perlu diselesaikan dengan sempurna dan benar-benar sampai kepada penerima manfaat, sebagai contoh, peruntukan sebanyak RM30 juta untuk menjadikan bangunan kerajaan mesra OKU perlu direalisasikan secara holistik oleh kementerian-kementerian lain yang berkaitan.

Ini bagi membolehkan bangunan-bangunan terbabit mematuhi undang-undang dan peraturan yang relevan. Selain itu Pihak Berkuasa Tempatan akan terus digalakkan untuk menerima pakai prinsip ‘Universal Design’ atau Reka Bentuk Sejagat bagi menambah baik akses kemudahan awam untuk OKU,” katanya.

Beliau berkata ia termasuk peruntukan-peruntukan lain yang telah diluluskan perlu dilaksanakan dengan lebih teliti, supaya usaha memperkasa OKU secara komprehensif dapat direalisasikan. FMT

Dasar 1% peluang kerja OKU jadi KPI semua kementerian sebelum akhir 2022 – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker